




Saya dulunya tertarik untuk menanam pokok ini bila melihat kemeriahan bunganya yang berwarna oren, cantik di laman sebelah. Rumah Pak Nor kelihatan berseri dengan keserian pokok bunga ini yang merimbun di pagar penjuru laman. Semasa joging bersama suami di hari minggu pula terpegun lagi melihat keanggunan pokok yang sama di pagar rumah kak z dan juga di tepi gate rumah Hj Halimi.
Tak boleh jadi ni. Saya pun apalagi bila kebetulan singgah ke nurseri bersebelahan pasar untuk membeli tanah 2, 3 kampit, terus beli anak pokok ini dalam polybag yang kebetulan ada di jual. Dari anak pokok yang tidak sebesar mana hari tu, sekarang dah tumbuh subur dan dah jadi macam kat rumah Pak Nor dah...hehehe..
Pokok ini banyak ditanam dan dijadikan pokok tanaman hiasan di sepanjang jalan2 di kawasan sekitar Shah Alam. Ianya cantik, attractive dan menceriakan... begitulah kata2 yang boleh diluahkan untuk menggambarkan perasaan bila melihat pokok ini...
Namanya? Hari tu tau, tapi lupa pula nak catit.. maklumlah nama saintifik, payah nak ingat kalau tak dicatit. Nantilah bila2 semak balik namanya dalam buku 'Tanaman Hiasan' kat library awam Kuala Kubu Bharu.
Tuesday
Tanaman Hiasan Yang Menceriakan
Posted by fzi at 10:22 4 comments
Labels: tanaman hiasan
Thursday
Pergola Penyeri Laman
.jpg)

Pergola di Impiana Iman ini menjadi tempat santai anak2 lebih-lebih lagi di waktu petang. Di hari2 minggu, antara jam 5.30 -6.45 biasanya mereka habiskan masa dengan bermain badminton sebagai memenuhi waktu riadah. Selepas penat bermain, semua lepak2 sambil minum petang di meja taman bawah pergola.
Di penjuru
pergola kami hiaskan tiang2nya dengan gantungan tumbuhan tanduk rusa dan beberapa pasu orkid sebagai penyeri. Terdapat satu bingkai bertulis kalimah 'Assalamualaikum' di tengah-tengah palang pergola sebagai ucapan memberi salam.
Pergola ini didirikan dari kayu cengal dengan keluasan 12' x 8' keseluruhannya. Berlantaikan tiles berwarna merah digabungkan dengan satu set meja taman batu yang di beli dari Serendah, Hulu Selangor. Di atas para-para bumbungnya ada hamparan pokok bunga kertas berwarna maroon yang berfungsi meredupkan suasana.
Walau sudah menjangkau 6 tahun namun alhamdulillah tiang-tiangnya masih kukuh walaupun terdedah pada hujan dan panas silih berganti. Kedudukannya yang mengadap laman menyuntik 'sense of inviting' buat tetamu yang datang berkunjung. Kebanyakan mereka singgah berehat seketika sambil meninjau tanaman di sekitar laman sebelum bergerak melangkah masuk ke dalam rumah.

Ia juga menjadi tempat feveret rakan taulan anak2 yang datang berkumpul dan borak2 semasa gader-gader di musim cuti sekolah. Silaturrahim dengan kawan2 lama tetap bertaut melalui acara ala2 sukaneka dan BBQ yang diraikan di ruang laman.


Posted by fzi at 13:08 0 comments
Labels: seni laman
Monday
Kaktus yang semakin hilang seri



"Kaktus ni nak kena taruk baja ni, nampak kurus dan tanah pun kering", tegur suami saya.
"Ok nanti mama tengok", sahut saya cepat seraya melangkah keluar ke anjung belakang untuk melihat keadaan itu. "Oh memang kering pun...", bisik hati saya bila melihat koleksi kaktus kami yang nampak semakin hilang seri dan tak bermaya. Sebenarnya dah lama saya tak perhatikan kaktus ni. Hanya siram gitu-gitu je. Dua tiga menjak kebelakangan ni pun asyik duk sibuk membaik-pulih orkid yang sesetengahnya juga sedang menunggu masa...hehehe
Pendek kata semuanya perlukan maintainance, tak boleh hanya biarkan begitu saja. Oklah hari ini saya akan spray kaktus dengan baja "Jumbo Feed" yang di beli di Sg Buloh 2 bulan lepas. Kata tokey nurseri tu, ianya sesuai untuk kaktus mahupun orkid. Tapi kena le bancuh ikut sukatan takut nanti over-dose pula.



Posted by fzi at 09:37 0 comments
Labels: Kaktus
Tuesday
Laluan pejalan kaki
Semalam saya mengubah-alih kepingan bersimen untuk laluan pejalan kaki di laman dapur. Sejak kebelakangan ini saya perhatikan bila setiap kali melangkah di laluan ini, secara sengaja atau tidak pasti akan terlanggar ranting pokok limau purut dan lemon dari pokok yang semakin membesar. Bimbang pula takut tersangkut kat anak-anak.
Dengan bulat hati saya pun mulakan misi dengan menyangkul cermat pearl grass(sebesar bulatan kongkrit yang hendak di alih itu), bersekali dengan tanahnya agar akar rumputnya tidak terugah. Saya top-up kan tanah pada ruang kosong yang dicangkul supaya rumputnya nanti tinggi dan tidak bertakung air. Kepingan kongkrit kemudiannya dikorek keluar lalu kedua-duanya(rumput dan kepingan bertukar tempat. Syukurlah, akhirnya berjaya pindahkan sebanyak 4 keping kesemuanya *setelah bersusah-payah...hehehe*.
Rasa senang hati bila dah siap sume... :)).jpg)
Posted by fzi at 13:19 0 comments
Labels: seni laman
Saturday
Tanduk Rusa
Kalau sebelum ni kami duk cerita pasal pisang tanduk, ada satu lagi spesis tanduk yang turut memeriahkan laman Impiana Iman kami. Ianya tidak lain tidak bukan dikenali oleh ramai orang dengan nama tumbuhan Tanduk Rusa.
Istimewanya tanduk rusa ini menampilkan rupa yang cantik dipandang mata. Bentuk daunnya yang berliku-liku panjang mengurai sangat indah sekali. Tumbuhan ini asalnya adalah hadiah dari seorang teman yang tinggal di Kalumpang, Selangor. Dia memberitahu bahawa adiknya sendiri yang memanjat dan mengambil pokok ini dari pohon kayu dalam hutan berdekatan.
Dari pemberian yang satu pokok itu, lama-lama kami telah biakkannya jadi sampai 4 pokok sekarang ni. Kesemuanya saya gantungkan di tiap-tiap penjuru sekeliling salah-satu tiang pergola kami. Saya menekapkan kelopak akar serabutnya di papan2 kayu cengal empat persegi kurang dari 1' (lebihan dari papan yang kami buat shelf di bilik stor). Saya tambahkan sedikit sabut agar pokoknya dapat tumbuh dengan lebih selesa. Setelah diikat kuat dengan dawai, suami yang tolong gantungkan di tiang pergola.
Cantik di mata, senang di hati. Begitulah ungkapan yang boleh diberikan bila setiapkali mata memandang pada tanduk rusa ini.
Posted by fzi at 10:02 0 comments
Labels: tanaman hiasan
Wednesday
Pisang Tanduk
.jpg)
Balik dari ofis semalam terdengar suara mama dari dapur "Pa, pisang kita". Apasal pulak ni. "Dah tumbang".
Oooo pokok pisang kat tepi pagar tu dah melentok baik punye mengadap bumi. Sampai masa la tu untuk di tuai hasilnya. Sebenarnya saya dok perhati sejak minggu lepas lagi. Nampak lain macam je. Dah tua buahnya dan daun pun dah bertukar coklat. Sampai masa untuk ditebang. Tapi takut buahnya belum cukup masak. Jadi saya tongkatkan dengan batang kayu dulu.
Pisang tanduk kami ni jarang berbuah. Masuk kali ini baru 3 x berbuah. Pisang tak akan berbuah 2 x, memang budak sekolah pun tau. Pisang tanduk kami asalnya sebatang je. Lepas tu biasa la kan, hukum alam, beranak pinak. So saya ambik salah satu anaknya, tanam kat luar pagar, jadi serumpun lagi.
Induknya berbuah sekali dulu. Kini anaknya pulak berbuah. Specialnya pisang tanduk ni ialah saiznya yang besar.
Kalau nak bandingkan dengan pisang emas, memang macam kancil dengan kambing la kan, saiznya. Kiranya kalau nak di goreng sebijik tu pun kira cukuplah untuk kami sekeluarga. Kalau nak bagi kat jiran2 tu dua bijik satu umah pun kira ok. Itulah rezki dari Allah. Alhamdulilla
h..jpg)
Posted by School Of Tots at 20:23 1 comments
Labels: Tanaman Buah
Tuesday
Pokok duit-duit


Pokok duit-duit ini sememangnya dah berjalan merata-rata. Oleh kerana pokoknya dalam pasu besar dah over-flow, saya selalulah potong dan semai dalam pasu-pasu yang lebih kecil. Jadi bila kebetulan ada kawan2 yang datang ke rumah, dapatlah ia dijadikan sebagai souvenier.
Tak tahu pula nama saintifiknya apa, tapi biasanya orang panggil pokok duit-duit je. Masa beli dulu, amoi nurseri tu kata "pokok ni boleh kasi ong pada tuan rumah". Entah lah, saya tidak lah taksub atau percaya sangat dengan benda-benda macam ni. Bagi saya selagi pokoknya kelihatan cantik dan anggun dengan daunnya keras berkilat, akan tetap menambat hati saya tanpa terpengaruh oleh faktor2 lain.
Tapi ada satu perkara yang bermain-main di fikiran. Seorang sahabat saya dalam kunjungannya hari tu ada bercerita yang beliau dapat info yang menakutkan tentang pokok ini dari seorang kawan. Dikatakan ia mampu mengeluarkan satu jenis gas yang boleh memudaratkan kesihatan. Jika terhidu, boleh sebabkan kanser! Info yang tak disangka-sangka ini baru pertama kali saya dengar. Betul tidaknya...wallahua'lam... Nampak gaya kena tanya-tanya dan buat research pasal ni.
Posted by fzi at 08:02 2 comments
Labels: tanaman hiasan
Saturday
Koleksi kaktus

Tu dia antara spesis kaktus yg ada dalam koleksi kami. Sekali pandang ianya utuh dan sasa. Dua kali pandang, cepat2 jauhkan jari takut jika terkena nanti memang bisa dan berduri he heh. Apa pun itulah keagungan ciptaan Allah. Dalam tumbuhan kaktus ini saja kalau kita rajin memerhati, ada ratusan malah ribuan spesis beraneka bentuk dan sifat. Lalu, "Kejadian yang manakah lagi yang hendak kau dustakan?"
Posted by School Of Tots at 10:56 2 comments
Labels: Kaktus
Friday
Air Kelapa Muda






Petang ni sambil dok tengok2 laman rumah, isteri mintak saya ambikkan kelapa muda kat pokok tu, terasa nak air kelapa muda pulak katanya. Hmm...cantek, sebab ada 3 bijik berbaki kat tandan yang mengadap pagar tu yang dah memang ready untuk di petik. Berbanding dengan dua tiga tandan yang lain tu, walaupun lebat tapi masih kecik lagi. Mungkin bulan depan baru ready. Pokok kelapa pandan kami ni buahnya aras kepala kita saja dan boleh dipetik dengan mudah.
Anyway 3 bijik kelapa muda ni selamat saya kopek untuk air dan isinya. Cukup untuk satu jag penuh. Airnya yang semulajadi manis tidak perlu ditambah gula. Setelah disejukkan dalam freezer sekitar satu jam, kami sekeluarga pun menikmati air kelapa muda original first class ini dengan syoknya....Alhamdulillah.


Posted by School Of Tots at 22:11 1 comments
Labels: Tanaman Buah
