CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Tanduk Rusa

Kalau sebelum ni kami duk cerita pasal pisang tanduk, ada satu lagi spesis tanduk yang turut memeriahkan laman Impiana Iman kami. Ianya tidak lain tidak bukan dikenali oleh ramai orang dengan nama tumbuhan Tanduk Rusa.

Istimewanya tanduk rusa ini menampilkan rupa yang cantik dipandang mata. Bentuk daunnya yang berliku-liku panjang mengurai sangat indah sekali. Tumbuhan ini asalnya adalah hadiah dari seorang teman yang tinggal di Kalumpang, Selangor. Dia memberitahu bahawa adiknya sendiri yang memanjat dan mengambil pokok ini dari pohon kayu dalam hutan berdekatan.

Dari pemberian yang satu pokok itu, lama-lama kami telah biakkannya jadi sampai 4 pokok sekarang ni. Kesemuanya saya gantungkan di tiap-tiap penjuru sekeliling salah-satu tiang pergola kami. Saya menekapkan kelopak akar serabutnya di papan2 kayu cengal empat persegi kurang dari 1' (lebihan dari papan yang kami buat shelf di bilik stor). Saya tambahkan sedikit sabut agar pokoknya dapat tumbuh dengan lebih selesa. Setelah diikat kuat dengan dawai, suami yang tolong gantungkan di tiang pergola.

Cantik di mata, senang di hati. Begitulah ungkapan yang boleh diberikan bila setiapkali mata memandang pada tanduk rusa ini.

0 comments:

Labels