"Gemoknya pokok kari ko ni..... "
Teringat kata2 Mona waktu datang ke rumah, raya tempohari. Masa tu, mona and the gang sempat jengah tengok pokok2 kat taman dapur saya sebelum bertolak balik ke kuala kubu bharu. Satu keta dah gerak duluan, tinggallah mona, muna kecik dan ani ambik masa jap tengok2 pokok.
"Baja apa yang ko taruk....?"
"Alaaa..... kita simbah ngan air beras je....kadang ngan air yang basuh2 ikan tu....", balas saya pada pertanyaan mona.
Gitulah sedutan dialog kitaorang pasal pokok kari ni. Akceli pokoknya tak tinggi mana pun tapi alhamdulillah nampak gemok....hihi
Kuat bau daunnya.....wangiiiii......Sekali2 je saya petik... bila tiba time nak buat kari ikan, baru ambik setangkai dua. Pastu kadang petik pucuknya buat tambah2 makan dengan ulam2 lain. Sedap dibuat ulam, pucuk nya tuh.
Mengimbas kata2 seorang kawan satu masa dulu, "...... elok jika kita selalu dapat amal memakan pucuk kari ni....... ada khasiatnya...."
2.12.09
Pokok Kari
Posted by fzi at 7:01 AM 2 comments
Labels: herba
30.11.09
Dua kuntum bunga kaler Purple
Masa duk angkut lauk2 yang beli kat pasar tadi, tiba2 buat emergency brek masa lalu dekat2 dengan pokok limau purut. Tangan kiri kanan masih menjembeng beg plastik yang baru wat turun dari keta. Tak sempat antar lauk masuk ke dapur, berenti kejap bila tiba2 mata terpaku tengok dua kuntum bunga yang sedang kembang cantik. Hish cantiknya....selalu gak kuar bunga ni, tapi pagi ni nampak attractive pulak kaler dia yang light purple....nampak mesra dan menawan gitu...heheh
Posted by fzi at 12:49 PM 1 comments
Labels: tanaman hiasan
27.11.09
Tumbuhan Jenis Ferns
Tumbuhan jenis ferns atau paku-pakis ni memang senang membiak. Ada la jugak beberapa jenis fern kat rumah kami termasuk fern yang tumbuh sendiri secara meliar. Ada juga yang merupakan hadiah dari kengkawan.
Bila di perhati, unik sekali bentuk daun tumbuhan ni. Ada yang berdaun kecil2, berpetak segi, menyerupai bulu burung dan ada juga yang memanjang serta bercabang. Cantik, semuanya ada keunikan tersendiri.
Dari pengalaman saya sepanjang bertanam ferns ini, saya tengok ianya senang sangat membiak samada di atas tanah, di batang pokok atau di atas batu. Walau dah dipotong2 daun-daunnya, akakr2nya tetap hidup dan kemudiannya mengeluarkan pucuk2 pokok yang baru. Struktur akarnya berselirat seperti dawai2 halus.
Apa yang pasti, kehijauan tumbuhannya mampu menambah seri beberapa sudut di luar rumah kami yang ada di antaranya kurang menyerlah sebelum ini. Jadi ferns yang subur menghijau kiranya menjadi penyelamat keadaan....:D
Jom tengok jenis2 ferns ini.....





Posted by fzi at 10:36 AM 4 comments
Labels: green
22.11.09
Pakat Mesin Rumput
Balik dari pasar, niat asalnya nak berehat kejap tapi tak jadi bila tiba2 diganggu pencemaran bunyi....heheh
Kiri kanan belakang depan, terdengar ngauman bising bunyi orang mesin rumput.
Ohhh biasa la tu....hari minggu....semua pakat panggil orang potong rumput kat umah masing2....standard la....weekend je lah hari gotong-royong sume nak clearkan mana2 yang patut kat rumah lebih2 lagi bagi jiran kami yang suami-isteri bekerja :)
Saya pun mulalah berkira-kira dalam hati.... Lepas tengok papa dah habis baca paper, saya secara perlahan2 mula ngajak papa saing mesin rumput ngan jiran2 tu semua. Diaorang upah orang, ada yang kena caj RM70, ada yang RM100 dan ada yang sampai RM120 sekali mesin...Alhamdulillah kami dah lepas dah...dulu terpaksa juga upah orang... sekarang mesin sendiri je, abih kat duit petrol je lah dua tiga inggit sekali mesin..... :)
Berbalik pada ajakan saya tadi, papa terus angguk tanda setuju.....dah agak dah....lagi pun dongak tengok langit, cerah lagi.... dikhuatiri kalau masih bertangguh, tak jadi lagi la buat minggu ni. Nak tunggu petang... nanti hujan lagi....Ya lah dah berminggu2 KIV projek mesin rumput tu dek hujan yang turun hampir setiap hari.
Jadi...tepat jam 12.30 tengahari, akhirnya selamat lah sudah papa mesin satu laman rumah. Sukanya hati tengok dah takde dah kemuncup yang penuh tumbuh sebelum ni, semua dah clear..... :))
Posted by fzi at 4:27 PM 4 comments
Labels: gotong-royong
21.11.09
Kembang Setaman
Pagi tadi sempat luangkan masa tengok2 laman....
Jom kita tengok beberapa port yang tadinya menarik perhatian saya........ ada yang dah lama pokoknya saya terlepas pandang.... jadi bila sekali sekala terpandang tu, berbunga-bunga rasa hati sebagaimana pokok2 yang sedang kembang setaman itu :))
Posted by fzi at 3:55 PM 2 comments
Labels: seni laman
19.11.09
Kaktus ke... Setawar?
Tumbuhan yang satu ini tak jemu dipandang.... subur jadinya lebih-lebih lagi bila saya letak dekat dengan pintu dapur.... boleh selalu ditenung-tenung masa duduk2 atas buaian dekat pintu dapur.
Cantik sangat nampak bila dah penuh satu pasu bulat yang rendah tu..... :D
Tapi tak pasti samada ianya termasuk dalam jenis kaktus ataupun Setawar.... Yang saya musykil tu sebab kat sekeliling tiap helai daunnya ada tumbuh daun2 lain yang kecik2.....
Setawar la tu kot..... :)
Ingat lagi masa saya sekolah rendah dulu, saya suka boh daun setawar dalam buku teks yang tebal2 tuh.... lama simpan daun tu dalam buku... check tengok perkembangan dari masa ke semasa.... excited nak tengok akar2nya yang akan tumbuh berselirat dari tepi2 daun....
...pastu suka pulak bawak daun Setawar masa ada kelas lukisan *sapu kaler air kat daun setawar kemudian pastekan kat kertas lukisan.... hasilnya....perghhh cantik bangat!!*
Posted by fzi at 12:02 PM 2 comments
Labels: tanaman hiasan
7.11.09
Hari Agihan Rambutan
Hari ni, pagi2 lagi saya ajak papa keluar ke laman.....
Nak kena ambik rambutan hari ni untuk bagi2 pada jiran keliling rumah. Minggu ni just nice rambutannya... merah menyala..... dah sampai ke kemuncak masaknya. Minggu lepas kami tengok belum masak ranum lagi, jadi memang plan nak tunggu minggu ini baru nak distribute kat jiran2 terdekat.
Jom tengok camana suasananya lebih kurang kat laman pagi tadi..... :))
Posted by fzi at 8:29 PM 6 comments
Labels: hasil tanaman
6.11.09
Bunga Putih Yang Nampak Suci
Dah agak lama pokok bunga yang satu ini tak keluarkan bunganya. Bila sekali keluar hampir serentak dari 2 pasu. Cantik bunganya, kaler putih bersih yang nampak begitu suci..... Tapi bunganya yang keluar dari tangkai yang panjang kembang dalam stail menunduk...malu malu gitu..... Jadi time nak ambik gambar kena dongakkan sikit, baru terserlah kecantikannya... :)
Pokok ni asalnya pemberian makcik yang lebih mesra saya panggil Mak Ngah... yang tinggal dekat sekolah agama anak2 semasa sekolah rendah dulu. Masa tu begitu ketara sekali keikhlasan kedua-dua Mak Ngah dan Pak Ngah yang sering offer nak kasi saya macam2 pokok. Dah jadi 'malu mata' pulak saya nak terima semua pemberian itu. Asyik terima je, memberinya jarang-jarang sekali. Yalah, saya masa kerap singgah rumah diaorang waktu tunggu anak nak keluar sekolah, jarang bawak apa2 buah tangan pun. Tu sebab kadang bila tak bawak apa2, just duduk dalam keta tak keluar bimbang takut jumpa dengan mak ngah.... nanti kalu jumpa, mak ngah kasi pokok lagi sedangkan saya hanya ber tangan kosong.... ishk malu dah rasa.....
Ohhh panjang lebarnya cerita pasal mak ngah tuan punya asal pokok bunga yang ni. Tak apalah ....kira slot mengenang nostalgia la tu kejap....
Ini ambik gambar bunganya time nak dekat masuk Maghrib.... nampak cantik suram-suram gitu....
Yang ni pula pokok dalam pasu satu lagi yang baru keluar kudup bunga.....minggu depan kalau tiada aral kembang la tu InsyaAllah....
Posted by fzi at 6:23 PM 0 comments
Labels: tanaman hiasan
3.11.09
Daun Kesom
Sukanya hati tiap kali buat lalu-lintas dekat2 dengan pokok daun kesom ni....makin menjadi-jadi pulak nampak suburnya....padahal seingat saya takde la pulak tabur baja hijau 15:15:15 yang buat tabur kat rumput carpet papa hari tu....
Rasanya sebab berkat hujan hari-hari kebelakangan ini.....
Satu lagi mungkin sebab saya kerap simbah air basuhan beras dan ikan pada pokok2 yang tanam berhampiran pintu dapur tu.... jadi adalah peluang untuk dapat zat dari baja semula-jadi yang jelas bebas dari bahaya bahan kimia ....
Itu yang buat daun-daunnya nampak gemok semacam.... berkilat-kilat lagi.... :))
Posted by fzi at 10:54 AM 2 comments
Labels: ulam
26.10.09
Asam Batu
Kalau tak silap lah, kata kawan2 pokok ni orang bagi gelaran Asam Batu atau dikenali juga dengan nama 'Begonia'......betul la tu kot... :)
Tinggal satu spesis ni je...hari tu ada 2 jenis asam batu ni....Satu tu yang Pak Nor sebelah rumah kasi....tapi sayang pokok yang tu, umur tak panjang.... pupus macam tu je.... dulu hidup subur dan banyak membiak dalam dua tiga pasu. Alhamdulillah, dah dapat panjang2kan pula sedekahnya pada kawan2 yang lain. Tapi disebabkan tak terjaga, pokok tu lama2 pupus macam tu je....
Maka tinggallah asam batu yang ni satu je..... satu2nya hadiah dan kenangan dari Kak Siah Pak Nik yang kasi beberapa tahun dulu. Selama hari ni saya tak perasan yang ianya masih ada lagi. Duduk-letaknya agak tersorok di celah-celahan pokok di tepi pagar berhampiran pergola. Semasa saya kemaskan sikit bahagian tersebut *yang jadi hampir semak* tempohari, nampak lah asam batu ni... ibarat melukut di tepi gantang la pulak.... duduk terpinggir je dalam rimbunan pokok2 lain tu....ishk
Jadi saya pun terus korek keluar perlahan2 dan masukkan ia dalam pasu yang sederhana besar. Lepas dua tiga minggu, nampak dah makin naik dan kelihatan subur pulak.....mmmm.....cantikkk sangat...tq buat Kak Siah yang kasi hari tu.... :)
Posted by fzi at 10:34 AM 10 comments
Labels: tanaman hiasan



