CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Air Tebu

Semalam bukak2 peti, nampak ada sebungkus je lagi air tebu tinggal....

Air tebu yang papa mesin dua minggu lepas tu dapat satu tong water cooler yang besar. Ada extra dua plastik lagi yang siap dibungkus oleh pakcik tukang mesin tebu. Banyak dapat.... Saya pun macam biasa lah, lebih letak dalam jug untuk kami ulang2 minum, cepat2 masukkan air tebu dalam plastik tebal yang kemudiannya diikat kuat untuk di bekukan dalam freezer. Takleh bertangguh simpan dalam freezer, kalu terlambat sikit, dikhuatiri masam jadinya air tebu tu.

Alhamdulillah tahan untuk stok dua minggu air tebu yang dimesin kali ni... :)

Papa pegi upah mesin tebu kat tempat biasa di BS 3. Bawak abang ngan kengkawan abang iaitu Zaki dan Kenet sekali pegi mesin tebu. Diaorang ikut abang balik bercuti 3 hari di rumah kami. Sume nampak puas minum air tebu fresh dari kebun papa nih....alhamdulillah....heheh

Belek2 dalam file shared picture, ada gambar diaorang2 ni sume tengah duk gotong-royong bersihkan tebu sebelum nak gi upah mesin.... :))

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...