CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Bunga dari pokok Dragon Fruit






"Eh, bunga apa besar sangat tu?... Mama dah tengok?", tiba2 papa muncul kat pintu dapur, tanya. Papa ni biar betul...malam2 tanya pasal bunga. Suspen pulak rasa.

"...bunga apa, pa?"


"Ntah le... besar giler, wangi pulak tu.... Oooo.. mama tak tengok lagi ek..... JOM!"
...Oh bila dengar papa sebut wangi tu, lagi la rasa semacam... dah le time tu jam nak dekat2 pukul 11 malam.

Apa2 pun, saya terus ikut keluar sambil tangan sempat mencapai handfon, konon nak snap gambar. Siap2 jerit kat Shilah suruh ON lampu kat pergola dan rumah okid. Lepas ON lampu Shilah pun ikut lari keluar ke laman, nak tengok sama.


Bila terpandang je bunga yang papa tunjuk....


"Wuhhh.... besarnyerrrr.........", saya hampir terjerit... terkejut tengok.

Tersangat la cantiknya... dan tak pernah lagi tengok bunga sebesar ini... saiz bunga rasanya boleh la agak2 sama saiz dengan pinggan isi lauk-pauk... siriyes, memang kecik sikit je dari saiz pinggan makan nasik.


Dan festaim tahu yang pokok Dragon Fruit(buah Naga) dalam diam begitu istimewa sekali, rupa2nya boleh produce bunga sebesar dan secantik ini.... Subhanallah!

Tapi alahai..... mana la nampak nak snap gambar malam2 tu... Jadi pagi2 lagi tadi, ambik bangku, panjat dan ambik snapshot bunga tu.... alhamdulillah masih kembang mekar, malah nampak lagi kembang dari semalam.... nanti saya update, citer berapa lama tempoh kembangnya bermula malam tadi.... :))


*******
Update:
Kembang mekarnya boleh bertahan selama hampir 12 jam... dekat2 jam 11 pagi tadi, dah mula layu... dan terus layu.... :)



Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...