CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Kenangan Buah Gajus



Masa membelek gambar dalam shared picure tadi, nampak gambar buah gajus yang kami snap baru2 ini. Langsung teringat kata2 kak Mah yang menegur masa kami duk berkebun di ruang laman yang bersebelahan dengan pagar rumah kak Mah.

"Yang ko tanam tu gajus sini, sebab tu kaler kuning... yang akak tanam kat umah ni yang kawin punya, buah kaler merah..."

"Ooo iya ke kak Mah...masa tanam ri tu tak tau pulak dia yang tempatan ke yang kawin..."

"Ko boleh wat 'sayur lemak' buah dia, sedapp.... alahhh cam kita masak lemak puteh... tapi ko perah le sikit air dia, jadi takde la pahit sangat..."

"Ermmm, boley terai tu... kitaorang tak penah makan lagi gajus buat masak lemak nih!"


Gitu lah sedutan perbualan antara saya ngan jiran sebelah tempohari pasal buah gajus.


Tapi malangnya, dah tak dapat merasa dah buah gajus kat laman sendiri lepas ni sebab pokoknya dah selamat papa tebang. Terpaksa ditebang sebab pokok dia jadi terlebih besar sedangkan daunnya yang kami selalu buat ulam, jarang...jarang... *tak berapa nak banyak*. Tiap kali nak petik, kena tarik 'julai'nya yang semua naik meninggi.

Bila pokok dah jadi makin besar tu, makanya dah kira makan
space sampaikan agak menggugat kesuburan pokok limau nipis yang kami tanam dalam jarak semeter setengah darinya.

Jadi congak2, pk2,
at last papa pun suggest, "kita tebang je....nak makan ulam gajus, kita beli kat pasar je..."

Ohhh...

Maka, tinggallah ia hanya sebagai kenangan.... huuu


Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...