CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Berpanas di hari minggu...

Selamat berhari minggu kita.....

Di saat orang lain mungkin tengah berehat di depan tv tadi, kami di Impiana Iman sekali lagi terpaksa dan dipaksa buat operasi kebersihan dekat laman... hehe

Suami-isteri berpanas kat laman clearkan apa yang patut... papa macam biasa brommm...brommm... mesin rumput, manakala saya fokus duk cabut rumput2 liar kat bahagian2 tepi, tempat yang tak tercapai dek mesin rumput.

Jom kita pusing tengok....

Adusss! Pokok pisang emas papa berbuah lagi.... suka...suka...suka.... dah dapat imagine kueh2 faveret yang boleh buat pakai pisang ni... hepi wat cekodok dan kek pisang le saya.... hehe
Ohh ini pokok tanaman hiasan yang dapat free masa awal2 kami pindah dulu. Ingat lagi time tu saya ke nurseri berhampiran nak beli tanah sekampit dua. Tup-tup ada seorang hamba Allah menegur dan offer nak bagi pokok ni... "Akak nak tak tanam pokok ni, kami dekat hotel tu nak clear pokok2 lama ni sume, nak ganti pokok baru..."
Saya pun apa lagi.... rezeki jangan ditolak... "Ohh iya ke, boley je... timakasih le, buat susah-susah je...." ingat lagi dua tiga kali ucap timakasih dekat adik tu... penuh satu bonet keta adik tu isi dengan pokok yang masih segar lagi akar2nya tu.... :)

Orite... ini pemandangan hasil berpenat lelah berpanas di hari minggu.... dah celar sume kemuncup.... :)

4 comments:

Cik Melor said...

bila laman dah bersih, hati pun senangkan. sedap dan sejuk mata memandang. kekadang terfikir camana la rumah org yg tak suka tanam pokok. pa yg bermain kat fikiran dia org tu. sedangkan pokok tu penting gak dlm hidup kita. pokok pun da peranan ye yg tersendirikan.

sot said...

Re An abis urat2 den. Elok gak bubuh Krim But-But keluaran HPA, melegakan sakit dan lenguh sendi dan otot. TQ Amir kerana beli kat MIHAS & hadiahkan tempoh hari, berguna.

fzi said...

Melor...

Betul tu, ada gak kawan akak yang tak suka tanam pokok... susah nak maintain katanya...
Cam akak, memang sukakan green..suka tengok pokok, tengok bunga... takpe la penat sikit.. :)

fzi said...

hehe...papa..
Sama la kita... habis 'Re An', mula rasa nak demam...huuu

Labels