CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Mentimun

Timun yang beli dekat pasar, bukan tanam kat rumah.
Best timun ni, kecik2, rangup dan tak pahit.

"S
alam Mona, kita tak sempat lagi nak gi library,
so tepaksa le mintak tolong awak sambung lagi
tarikh buku yang kita pinjam tu..."


Huhuhu.... entah yang ke berapa kali dah antar mesej yang sama dekat kawan saya yang jadi librarian tuh. Sori k Mona, bila takde urusan samada nak ke hospital ke, pejabat gomen ke kat kkb tuh, makanya tak dapat le kita nak tumpang sekaki pegi library antar buku....huhu

Maka terpaksa le kita sambung lagi belek buku herba yang banyak2 tu.... hehe


OK... Teruja pulak bila baca citer pasal Mentimun.

  1. Mentimun memang bagus sangat kalu dibuat jus. Ingat citer Ani Asri masa datang rumah kami hari tu, pun ada citer pasal kebaikan jus mentimun ni. Air mentimun jika diminum setiap hari dipercayai boleh mengurangkan berat badan. Woahh... bagus nih! Ani kata,"..tak payah mesin pun kak timun tu, karih2 pakai garfu je.... pastu tambah le air masak, gula dan ais secukup rasa...." ....mmmm.... mesti nak kena cuba nih, dah brape lama dah tangguh nak buat, tak jadi2...
  2. Air perahan mentimun jika disapukan pada muka akan menghasilkan wajah yang lembut dan kulit yang lembap dan licin. Sebab itulah mentimun digunakan untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat.
  3. Air perahan mentimun diminum oleh pengidap penyakit darah tinggi.
  4. Mentimun juga digunakan untuk mengatasi masalah gastrik, gout, reumatik dan atritis *yang dua perkataan terakhir tu tak tau saya penyakit apa... :)*
  5. Ia bersifat diuretik dan mengandungi saponin, enzim proteolitik, glutation dan flavanoid *yang ini lagi le tak tau apa yang diaorang duk merepek tu... hehe*

Jom buat jus timun pulak kita!


4 comments:

Bangchik said...

Makluman tentang timun yang sangat menarik. Pokok timun tepi rumah setakat ini baru berbuah. Tapi satu saja. Macam akan ada lagi akan menyusul...

fzi said...

Bangchik/kakdah...
Woahh.. seronoknya ya ada tanam timun kat rumah... Saya lom cuba tanam lagi.. ada sorang jiran tu tanam, kebetulan berbuah time raya dulu boley siap hidang kat tetamu makan ngan satay... :)

Melor said...

melor suka mkn timun ni buat ulam mentah. tempat kami panggil timun 40 hari.melor slalu beli time gi pasar tani.

fzi said...

Melor...
Ooo...timun 40 hari... baru akak tau, sebelum ni panggil timun susu je.. memang sedap makan wat ulam, kalu akak cicah2 ngan budu durian...heheh

Labels