CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Pucuk Daun Kari

Ada kawan dulu syorkan agar rajin2 amalkan makan pucuk daun kari.  "Boleh mewangikan...", katanya.  Kira sama fungsi cam makan buah limau kasturi la lebih kurang... limau kasturi tu pun kalau makan bersekali dengan kulit2nya, Insyaallah dapat mengelakkan masalah bau badan. 

Alhamdulillah, dapat selalu petik2 pucuk daun kari ni sebab pokoknya yang makin meninggi sentiasa keluar cabang2 baru.  Memang best rasa daun kari yang muda tuh.  Jadi selalu tak lupa pegi petik pucuk kari untuk wat saing makan ngan ulam-ulam lain. 

8 comments:

UmmuFarhan said...

salam,

kak, memang geram tengok pokok kari kat rumah org lain,subur je..tapi pokok kari kat rumah saya ni..alahai..kementot aje..bila ntah dia nak meninggi n merimbun..baja dah letak..maybe tanah yg tak sesuai..erm sedapnya wat ulam..boleh wat awet muda tak kak??

Shida said...

pucuk muda pokok kari dah kena baham ulat, sedey jer....nampak gaya kena cantas semua dan tunggu pucuk baru keluar...

fzi said...

Wsalam ummufarhan...
Nak yang berbayar ke nak yang free? hehe... kalu yang berbayar, terai gembur2 tanah pastu ummufarhan tambah tanah berbaja *boleh beli kat nurseri tanah berbaja yang dah siap dicampur baja* kalu tanam dalam pasu boh la 1/3 dari sekampit..kalu tanam atas tanah boh terus satu kampit keliling pokok.

Kalu yang tak berbayar macam yang papa diaorang selalu buat... cari bahan buangan lembu *yang kering* boh la beberapa keping kat keliling pokok.. :))

Amalan makan apa jua ulam InsyaAllah boleh melambatkan proses penuaan... hehe

fzi said...

Shida...
Ohh terkena serangan ya shida... pokok kari akak takat ni masih dalam zon selamat.. yang tak selamatnya okid, banyak yang kena serang... ish

mona b said...

Pokok kari ni cepat membiak. Kat rmh sy ni pokok kari banyak anaknya. Baru-baru ni suami sy racun pokok-pokok kari tu dan tanam dalam pasu. Baru nampak cantik. Oh pokok kari boleh mewangikan badan ya.Nantilah sy cuba....

ilahjy said...

kak ilah juga suka tanam2 sayur.. pun suka makan ulaman... kak follow ya..buat masa ni dok tgkat 6 tak leh tanam2 lagi...dulu duduk bwh sayuran tak yah beli.. siap kasi jiran2 lagi.. semua ada mcm2 sayuran dan ulaman mcm2 cili..nanti pencen itulah hasrat nak sambung semula hajat..hehe

fzi said...

mona...
Ohh kat umah kita takde kuar anak pulak mona... dia terus membesar dia je.. takde beranak2... hehe

Itu ler... dapat ilmu pasal dapat kasi wangi tu dari member yang dekat2 sini.. InsyaAllah kalu rajin amalkan, tentu berhasil... terai le mona.. :)

fzi said...

ilahjy...
Ohh kak ilah pun rajin bertanam sayur ya... memang tak rugi berbudi pada tanah kan... bila dah tanam tu, banyak dapat hasil bukan takat boleh wat makan sendiri boleh kasik2 nbour lagi... takpe, sementara pencen tu akak boleh tanam dapat pasu...cam cekur dan pegaga tu, subur kalu tanam dalam pasu... mudah biak... :)

Labels