CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Lidah Jin/Lidah Biawak

Ohh naik gerun dengar nama tumbuhan yang satu ni. Ada yang kasi gelaran Lidah Jin, ada jugak yang panggil Lidah Biawak... yang lebih parah lagi ada yang sanggup letak nama Lidah Mentua.. ish ish...

...Ni nak citer,hari Ahad lalu  kami singgah di Tropicana City... jalan2 je, singgah lepas balik kenduri anak kawan ofis hsbd dan hantar anak bujang balik mahallah di PJ. Sume bergaya jeh masuk shopping complex, dengan papanya berbaju batik lengan panjang manakala saya ngan Shilah berbaju kurung batik sutera Kelantan... hihihi... maklum lah orang baru balik kenduri... :)

Masa ronda2 tu, nampak ada sorang pakcik cina display pokok2 yang banyak ada kat umah kami, tapi yang herannya pokok2 tu kebanyakannya bersaiz kecil... duduk pulak dalam pasu yang kecik.. ishk camane tu...

Saya yang minat dengan benda2 camni, dengan peramahnya bawak2 le berbual2 ngan pakcik cina tu...tanya2 dan dia pun nampaknya tak lokek nak kongsi citer... alhamdulillah dapat ilmu caner nak tanam pokok stail gitu... saya siap beli baja RM5 yang pakcik tu rekemen. Katanya boh sebiji je satu pasu, sebulan sekali. Baja tu InsyaAllah boleh menyuburkan pokok tapi dalam masa yang sama melambatkan tumbesarannya. So boleh tanam dalam pasu2 kecik wat hiasan... Orite lah! Mesti nak cuba buat nih... kalu eksperimen menjadik, saya update citer...hihi

Jom tengok pokok lidah jin yang beliau tanam dalam pasu kecik tu... kat umah saya selama ni pokok lidah jin ni selalu buang2 je... dia cepat biak, terpaksa dibuang bila sekali-sekali overhaul laman.
Hah, tengok tu ghega, RM38 ghega lidah jin bila dah deco cantik canggini....

Begitu jugak dengan pokok yang ini.... comel je duk dalam pasu kecik... pasu sume buatan tangan, hand-made... setiap pasu tak sama dengan pasu yang lain...


Yang lebih gempaknya, cekur ni... cute jeh... :))


Ini lidah jin yang duk tempat spesel sikit kat umah saya, boh dalam pasu. Yang jenis macam yang pakcik tu tanam tu, saya tanam kat tepi pagar je...

Lepas ni nak kena sayangi sikit pokok2 yang banyak terbiar kat laman tu. Rupa2nya semua bernilai tinggi bila dah di upgred camtu... ada market lagi... :)

0 comments:

Labels

jom singgah ke

  • Bengkang Jagung Sukat Cawan - Assalamualaikum Hari ini duk sibuk buat Kueh Bengkang Jagung. Bukan buat sikit2 ni, ni buat macam untuk kenduri pulak..he he.. Kueh bawah lampu, lighting ...
  • Projek Sayang Balik Orkid - Assalamualaikum. Hi rakan blogger semua. Orkid masing2 okay? He he.... Orkid saya? Alhamdulillah ni baru nak start sayang balik orkid. Dah lama tinggal, l...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...