Akhirnya......
...masak jugak lemon yang saya duk tunggu2 nak petik buahnya dalam sehari dua ni... Saya biarkan masak kat pokok baru petik. Sehari selepas dipetik kulitnya jadi betul2 kuning... masak ranum!
Nampak ada tujuh lapan biji lagi lemon yang dalam proses nak masak. Happy sungguh rasa sebab akhirnya pokok lemon saya ni berjaya gak keluarkan hasil. Tak sia-sia tunggu pokoknya besar walhal dari mula tanam dulu pokoknya hanya setinggi paras lutut.
Antara khasiat lemon (sumber: Buku Tanaman Berkhasiat Ubatan):
- Limau lemon telah digunakan dalam perubatan sejak zaman dahulu lagi. Orang Roman dahulukala menggunakan limau ini sebagai penawar racun. Rasanya masam, jus limau ini diperah dan dicampur dengan air panas untuk mengubati masalah gangguan hati atau hempedu. Jus limau ini bertindak sebagai perangsang hempedu dan merupakan tonik untuk hati.
- Limau lemon juga digunakan untuk merawat sistem penghadaman termasuk masalah sedu, rasa loya dan sakit hulu hati, selain untuk melegakan sembelit dan menghapuskan cacing.
- Jus lemon dipercayai boleh melawan berbagai jenis jangkitan kuman dan melegakan demam, sakit tekak, tonsil dan lelah.
- Ia juga berkesan untuk melarutkan batu karang.
- Jus limau ini bersifat diuretik dan boleh melegakan atritis, reumatik dan sakit kepala.
- Jus lemon yang dicampur dengan kopi dipercayai berkesan melawan demam malaria.
- Jus dibasahkan pada kapas dan diletakkan pada hidung untuk menghentikan pengaliran darah.
- Jus yang disapu pada gusi pula boleh merawat gusi berdarah.
- Ia juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk kulit melecur yang disebabkan oleh kepanasan cahaya matahari.
16 comments:
Lemon kuning hasil tanaman di laman. Nikmat yang Allah berikan. Banyak khasiat rupanya. Bolehlah jadikan amalan merawat dengan lemon. Disamping menjadi minuman yang lazat. Lemon sulong, semoga rajin berbuah lagi. Ada 7-8 bijik lagi kat atas pokok. Weekend ni kena taruk baja sikit. Alhamdulillah.
akak
best ye tgk. klu kat kedai sebiji dah berapa. Untung ye da kawasan yg luas.
Pa, boleh tahan gak banyak kluar padahal baru belajar berbuah... :)
Melor..
..akak pun syukur pada Allah, tergerak hati nak tanam lemon dulu...
salam, akak..kalau pokok buah kena letak baja apa yer nak suruh dia kuarkan buah? tq
Wsalam ummufarhan...
Pokok2 buah tu boleh boh macam2 baja samada baja bijik atau organik. Sesekali akak siram ngan air basuhan beras/ikan. Tanah keliling dia, hasben yang rajin gembur2kan... InsyaAllah lama2 sume mau kuar buah.. :)
assalamualaikum,
salam kenal..
eh..seronoknye ada pokok lemon sendiri yg berbuah! tahniah (kagum betul!). kalau la laman rumah luas, nak je saya tanam..haii...
Wsalam Lynn...
Selamat bkenalan jugak dari akak... tkasih.. ;)
Lynn...tak semestinya kena ada ruang yang luas baru boley tanam...akak pun tanam pokok lemon ni kat laman sempit depan pintu dapur je...ruang tak luas mana...berkongsi tempat sebelah menyebelah ngan pokok limau purut. Jarak antara keduanya dalam semeter setengah je.. alhamdulillah setakat ni belom nampak semak lagi...hehe...kalu semak pasni boleh trim2.. :)
hehe..tapi kak, laman saya tu tuan rumah dah simen habis. yg kat belakang tu tanahnye berpasir. tak tau la pokok apa yg sesuai. aritu mmg tanam serai je yg idup subur. lain2 pokok tak idup..limau sambal tu, setakat anak pokok je. pastu kering.
p/s: pokok lemon tu tanam dr anak pokok ke bijinye, kak? ^^
Lynn...
Akak dulu tanam limau kasturi dalam pasu je...tapi kena cari pasu yang paling besar InsyaAllah baru selesa dia hidup. Tanah kena campur2 baru elok...akak hari tu dapat info pasal caner nak kombain tanah ni dari pegawai jabatan pertanian yg dtg bagi taklimat dan tunjuk-cara...jemput lynn tengok citernya dekat sini:
http://pkasih.blogspot.com/2010/02/program-bumi-hijau.html
Macam lynn, kalu tanah berpasir tu boleh ejas tanam pokok bila dah campur2 tanah hitam dan sabut...InsyaAllah..
Pokok lemon tu akak tanam dari anak pokok, beli kat Tg Malim..Pakcik cina tu kata baka elok...Wallahu'alam..
Thx lynn.. :))
Menjadik la tu ayaq tangan akan pasai pokok to dok bebuah dah..Allah kasi green light kat akak tang tanam-menanam nih...ada setengah orang tanam pokok tak nak bebuah..manjang mampuih adalah...
Naftalena76...
Alhamdulillah akak dan suami sama2 berkongsi minat berkebun...tu yang menjadik tu agaknya...hehe
Tapi bagi akak, tanam lah apa2 pun, asalkan siram tiap hari, sesekali gembur2kan tanah pastu membaja ikut time, InsyaAllah subur dan mau berbunga/berbuah :)
salam perkenaalan kak.. nk tye la.. akak beli benih lemon kt tg malim kan.. kt kedai mane ek.. coz thiz wek nk kesana.. nk try tanam jugak.. sy ngan en hb suke masak gune lemon ni..
Wsalam aLoY...
Salam kenal gak dari akak...
Thanx sudi singgah tengok lemon... :)
Ohh nak senang cari pakcik tu aLoY boleh pegi pasar malam je kat Tg tu. Tau kan... pasar malam dia hari Sabtu. Gerai pakcik cina tu betul2 kat bucu tepi bangunan yang depan Maybank tu. Rasa akak hanya pakcik tu sorang je yang jual anak2 pokok sekali ngan okid kat pasar malam tuh. Nak plan pegi umah dia berpusing2 sikit. Senang aLoy cari pakcik tu dekat pasar malam jeh...selamat berkebun ya!
Salam
Boleh tumpang tanya? Saya ada tanam lemon dan boleh dikatakan subur, tapi belum berbuah. Berapa lama dia akan berbuah dan perlu tak cantas bila cabangnya agak banyak tumbuh dari pangkalnya? Tq! ;)
Wsalam Ydiana...
Lemon kami hari tu pun lambat gak nak kuar buah. Bertahun jugak le tunggu... :)
Selama hari ni saya guna baja 15:15:15 selang-seli ngan baja organik ayam untuk suburkan pokok tu. Bila dah nampak matang boleh la mula boh baja 'paksa bunga'(baja yang saya guna untuk paksa bunga kertas berbunga...haha) untuk nak kasi dia kuar bunga. Dari bunga tu lah lekat jadi buah.
Sabar ya diana, InsyaAllah pelan2 akan kuar buah pokok tu bila sampai masa.
Post a Comment