Salam di hari Jumaat....
Woahh... cantiknya, kali ini bunganya posing dalam berbagai bentuk yang menawan. Yang paling cantik dan begitu menarik perhatian saya ialah bentuk hati @ love ..... WOW!!
Alhamdulillah akhirnya tau jugak saya nama pokok yang satu ni...rupa-rupanya nama dia samada:
- Katup-katup
- ketup-ketup
- kangkatok
- dedaup
...hehe...sikit punya susah nak sebut nama botani dia tu, jadi senang citer kita panggil Katup-katup je lah... :)
Dapat info pasal katup2 ni dari buku Tanaman Hiasan yang pinjam dari library kkb. Ada beberapa fakta tentang pokok ni yang elok juga rasanya kalau dapat dikongsi bersama....
- Katup-katup boleh ditanam samada dengan menggunakan biji, keratan ranting ataupun tut. Sokongan yang kuat amat perlu diberikan agar ia dapat memanjat. Namun ia tidak sesuai memanjat pagar yang biasa kerana saiznya terlalu besar dan berat. Tanah yang subur dan gembur adalah paling baik untuk pokoknya.
- Batangnya yang memanjat digunakan sebagai tali yang tahan lama dan sesuai digunakan untuk mengikat kayu dan sebagainya.
- Batang dan akarnya boleh digunakan dalam penyediaan ubat untuk merawat wanita bermasalah urat saraf iaitu mengalami perasaan tidak tenteram, gelisah dan gugup.
- Batang atau akarnya ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi atau gusi yang sakit.
- Batang atau akarnya dikunyah untuk menguatkan semangat. *harap mendapatkan nasihat doktor dulu sebelum mencuba kaedah ini...heheh... dikhuatiri bahaya keracunan dan sebagainya... mungkin fakta 3 - 5 perlu melalui proses tertentu dahulu sebelum boleh digunapakai.. wallahu'alam :))*
- Daun nya jenis ringkas, bentuk bujur telur atau jantung.
- Bunga pula dalam jambak di hujung ranting dan ketiap daun, kelopak bunga yang baru kembang berwarna oren kemudian akan bertukar merah.
5 comments:
Cantik!
Timakasih bangchik/kak dah... :)
Salam,
kak fzi,pokok ni dah lama sy berkenan...tapi belum sampai hajat lagi nak beli tambah tiada masa...saya pernah nampak pokok ni dalam hutan dia panjat pokok dalam hutan tu, dari jauh nampak oren je bunga dia..pernah sekali pokok besar tu tumbang tepi jalan, saya berenti ambik pokok katup2 ni yg melilit2 kat daun pokok besar.balik rumah pacak dlm pasu tp x hidup...tak pandai tanam :(.
Wsalam ummufarhan...
Akak rasa kalu dah berkenan tu elok cari kat nurseri dengan kadar segera...hehe...
..akak dulu lepas beli pokoknya, ambik masa bukan main lama baru nak kuar bunga. Tu pun lepas cuba tips yang dua tiga orang nbour kasi. Alhamdulillah now tak putus2 pulak bunganya... :)
Ummufarhan nnt beli sabar ya kalu lama dia eksyen takmo kuar bunga...hehe
Bunga ni memang cantik, terutamanya apabila bentuknya macam hati dilamun cinta. Nama saintifiknya ialah Bauhinia kockiana. Tanaman asli negara kita.
Post a Comment