CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday

Mesin rumput

Pagi ni rasanya cuaca amat elok untuk berkebun. Saya pun apalagi, lepas masak nasi goreng untuk breakfast anak-anak, terus keluar cabut rumput liar yang makin banyak dalam rimbunan sayuran pegaga dan daun kesum. Mula-mula cabut di sekitar pintu dapur je, kemudian melarat sampai ke bawah rumah orkid dan pergola.

Bila berpaling ke belakang, terpandang pula rumput di laman yang makin panjang. "Nak kena mesin ni", bisik hati kecil saya.

Tengah duk pk2 tu tiba-tiba terdengar bunyi message masuk dari fon Nokia 7610 saya. OOh.... suami hantar sms dari ofis rupanya. Eh...eh...tak sangka pulak papa pun pesan suruh mesin rumput. "Emmp..terfikir perkara yang sama rupanya aku dan si dia...hehehe".
Mesin tu baru je kami beli 2 bulan lepas. Jenama Sprint buatan USA dan 'rupa dia' sekali pandang macam kereta lumba di litar F1 Sepang gitu...hehehe.. Kami decide nak beli hari tu selepas congak2 pro and kontranya. Sebab yang paling utama pasal dah tak larat nak upah En Supaiah yang kenakan caj rm60 - rm70 sekali mesin setiap sebulan setengah. Pk-pk, elok le pelan2 terai uruskan sendiri laman. Setakat ni alhamdulillah dah guna mesin tu dalam 5x dah, so duk kira kira dah dapat jimat lebihkurang rm300 kalau bayar upah En Supaiah. Syukurlah.... :))


2 comments:

Unknown said...

salam, nak tanye pasal mesin rumput tu la... ok x. pakai petrol kan. pastu harga dia mahal x?

nak beli 1 sbenarnye..he he

fzi said...

Wsalam.
Setakat ni alhamdulillah ok mesinnya. Senang dan praktikal. Anak2 nak guna pun tak risau. Memang pakai petrol dan harganya rm950. Kalau yang heavy-duty jenis hayun tu bahaya sikit kalau tak berapa mahir. Yang tu kalau sdr nak beli elok jenama Mitsubishi.

Labels