CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Panorama belakang rumah

Saya suka memandang ke langit. Setiapkali memandangnya hati rasa teruja bila melihat design awan yang berbeza setiap hari. Cantik dan mengasyikkan. Subhanallah! Alangkah indah ciptaan-mu ya Allah. Alangkah hebat ciptaan ini.
Kebetulan rumah kami terletak di tanah yang agak tinggi. Jadi, dalam kesibukan buat kerja-kerja rumah setiap hari, saya sering rehatkan minda dengan melihat panorama langit yang terbentang luas... terus dari pintu lipat belakang rumah kami.Jika dipandang direct ke depan, pemandangan terus menjurus ke tangki air besar kawasan perumahan.
Jika dipandang ke sebelah kanan pula, pemandangan menghala ke persekitaran tasik yang redup dikelilingi pepohonan dengan air yang tampak tenang.


















Bayu di keheningan pagi dan kala petang sering menyapa tanpa kami perlu terlalu bergantung kepada putaran kipas angin. Kehadirannya tanpa sebarang pencemaran udara. Ini adalah kerana kawasan di belakang rumah hanya ada cerun-cerun bukit yang tertanam pokok2 getah dan kelapa sawit.


0 comments:

Labels