CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Cekur


Lagi cerita cekur....

... tapi yang ini cekur yang agak fames di kalangan orang dulu2. Baru2 ini saya terbaca cerita tentang seorang Embah yang usianya dah menjangkau 90-an tetapi masih kuat dan bertenaga mengalahkan orang muda. Beliau sudah bongkok tiga tetapi lapang ruang halamannya tanpa sampah-sarap dan daun2 kayu. Embah yang mengerjakannya sendiri.

"Embah masih boleh buat kerja, dah biasa macam ni", katanya tersenyum meleret. Wajahnya cerah dan bersih.

Apa rahsianya embah masih sihat, cergas dan muka tampak bersih dan kemerah-merahan?

"Embah kuat makan jamu, sejak muda sampai ke hari ini. Darahnya bersih dan jarang sakit kuat", bisik salah seorang anak beliau.

Di bahagian belakang rumah embah ditanam cekur, bonglai, jerangau, halia bara, lempoyang , daun pulut-pulut, ubi kerot, kunyit dan pegaga.
*perkongsian sedutan cerita embah sekadar memberi semangat untuk kita sama2 titikberatkan kesihatan tubuh badan...*



Sebut tentang cekur ini, mengikut buku Tanaman Berkhasiat Ubatan:

Daun cekur banyak digunakan sebagai sayur dan ubat. Daun ini berkesan untuk memanaskan tubuh badan. Air rebusan rizomnya(ubi) dibuat minuman tonik untuk wanita yang baru lepas bersalin. Tonik ini berkesan membuang angin daripada badan. Daun cekur digiling dan dibuat ubat pupuk untuk mengubati bengkak-bengkak di badan. Seketul rizom yang dikunyah bersama2 sedikit garam dipercayai boleh melegakan gatal-gatal tekak. Kesemua bahagian tumbuhan ini mengandungi minyak pati.

Amalan memakan daun serta isi cekur dipercayai dapat mengekalkan awet muda dan menghilangkan bau nafas. Rizom cekur juga boleh merawat pening kepala, rasa mual dan gastrik. Untuk tujuan ini beberapa ketul rizom direbus hingga airnya tinggal secawan dan diminum.


6 comments:

UmmuFarhan said...

Salam,

Kak fzi, dekat rumah mak mertua saya di klang, ada kedai yg jual nasi goreng cekur. Kebanyakan penduduk kg situ adalah orang jawa. Tak penah cuba lagi n.goreng cekur ni...terasa juga ingin rasa mcm mana..:)

fzi said...

Wsalam ummufarhan...
Woahh...nasik goreng cekur...akak pun lom penah try lagi tuh... selalu makan daun cekur wat ulam cicah budu budu durian...hehe

Lynn Nasir said...

salam kak,

saya ada tanam cekur ni sepasu. subur betul! sebelahnya ada pegaga. tu je la yg hidup ditanam saya ni. hehe!

selalu tambah daun dan ubinye kat kuah pecal. hmm...mmg lain rasanya dr kuah kacang biasa tu. lg sedap! ^^

fzi said...

Wsalam Lynn...
Ohh masuk dalam kuah pecal...mesti best tuh... boley la akak try sama.
Dah ada tanam tu, elok lynn splitkan lagi ulam2 tu lynn... cam pegaga tu bila dah banyak boleh selalu blend buat jus..best, bermutu dan berkhasiat jusnya!

zalieda said...

Salam kak fzi,

nak tumpang tanya nie..sy ada gak duk tanam cekur kat rmh coz en hubby suka mkn cicah ngan budu.. tp sy nie kurang arif skt bab cekur nie.. mkn pandai ler... hehehe...pokok yg tnm tu sama cam akak punya tp apsal pokok cekur yg saya tnm tu x mmbiak?.. atau mmg cam gitu.. dah 3 bln tnm tp tahap tumbesarannya cam terbantut jer.. kurang baja ke apa?...

fzi said...

Wsalam zalieda...
Thx datang jengok pokok2 akak...hehe

Cekur taknak membiak tu akak rasa maybe sebab tanah keras kot. Zalieda terai le gembur2 tanahnya. Pastu siram2 dan boh baja sikit bagi dia subur. Tapi macam cekur dan ulam2 akak yang lain tu akak tak boh BAJA BELI pun sebab risau takut bahan2 kimia tu sume lekat dekat sayur...hihi... so akak just siram ngan air yang basuh beras dan basuh ikan je. Alhamdulillah boleh tahan gak subur.. cuma yang tanam dalam pasu tu tak mo gemuk daun dia..yang tanam kat tanah, ok... :)

Labels