CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Kelapa Gading

Baru cerah tanah, kitaorang dah terpacak kat laman.....

Embun tak kering lagi, saya pun cepat2 tanggalkan seliper, ambik peluang berkaki ayam je atas rumput yang masih basah tu....sejukkk nyerrr... :)

Lama jugak la tadi kami duk belek2 pokok dengan saya nya siap pegang cutter kat tangan. Potong mana2 ranting bunga kertas yang dah terlebih panjang tu.... yang buatkan pokoknya nampak dah out of shape. Papa pula ke hulu ke hilir dengan 'cok beto' nya, bizi gembur2kan tanah dekat pokok2 buah kesayangannya.... :)

Tetiba terpandang kelapa gading papa yang makin banyak buahnya tu. Alhamdulillah nak lekat pulak buahnya kali ni. Hari tu, dua tiga kali keluar buah tapi takdan tunggu besar semua pakat2 gugur. Maklumlah kelapa yang kulit kaler kuning ni masih baru2 belajar nak berbuah.



Tak macam kelapa pandan, dah banyak kali kami dapat makan hasilnya..... :))


Seronok bertanam-tanam ni, dapat hasil!! :D


Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...