CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Kaktus Beralih Tempat

Bila cuti sekolah ni ada banyak masa la saya kat laman. Mama jarang dapat turn guna pc....biasalah Shilah cuti sekolah....abang pun cuti jugak seminggu....hah apa lagi, meja pc asyik penuh je lah....takleh mama nak blogging.... hehehe

Jadi bila dah habis buat kerja2 rumah yang rutin tu, boleh la saya luangkan masa duduk2 kat luar tu rawat pokok. Cabut rumput2 liar pun iya jugak. Tak terkawal membiaknya rumput2 liar tuh...hish...

Nak citer pasal kaktus sebenarnya kali ni. Dah lama saya duk berkira2 nak alihkan kaktus yang selama ni duduk di anjung belakang. Hujan sekarang ni tak menentu... dan bila time panas pulak, panasnya terik semacam. Itu yang jadi kesian dekat kaktus tu sume yang kadang lencun kena hujan dan bila time panas mengering yang teramat sangat.

Sementelah anak bujang ada kat rumah tu, apa lagi....mintak tolong abang je lah yang tolong angkut kaktus2 tu dari belakang ke anjung depan. Tempat yang diperuntukkan hanyalah 2 meja bulat. Jadi bila susun susun, tak muat lah pulak untuk nak letak kesemua kaktus2 tu....alahai.....


Sekarang duk pk, kat mana lagi nak letak ni....kalau boleh nak clearkan sume yang kat anjung belakang tu... alihkan semua...biar tinggal bunga kertas dengan orkid2 kampung je kekal menyeri dekat belakang tuh..... ")

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...