CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Seni KRAF


Semangat saya kembali berkobar2 terhadap seni hiasan dalaman dan seni laman bilamana semalam bersesak-sesak bersama pengunjung lainnya ke Hari Kraf Kebangsaan 2009 yang sedang berlansung di Jalan Conlay itu.

Sesampai di sana, kami menjelajah dari satu khemah pameran ke khemah yang lain tanpa mengenal penat. Rasa2nya adalah dalam 2km duk pusing2 kawasan pameran. Banyak kali juga berpusing-pusing di tempat yang sama. Saya agak kira-kira 4 jam lebih juga lah duk spend masa kat sana.


Yang paling menarik minat saya ialah barang-barang kraftangan yang direka cantik dari bahan2 seperti getah, kayu, kulit batang pisang dan juga rotan. Semuanya menyerlahkan kreativiti yang tinggi dari pembuatnya.


Lama juga saya memperhatikan bidai rotan yang dibuat dengan berbagai motif. Elok jika digantungkan dipintu bilik anak2 perempuanku...hehe.. Kalau diikutkan hati semua yang cantik2 tu nak punggah balik :) Bila lihat price tag nya RM90, rasa mahal la pulak.....biarlah dulu.

Lagi sekali saya dan anak2 berhenti lama sedikit memerhatikan seorang pembuat barangan hiasan dari asas kayu cengal dan merbau yang sedang tekun membuat motif kasut. Tersangatlah cantik dan halus buatannya. Siap nampak macam urat2 benang yang dipahat pada kasut yang kecil itu. Woahhh.... hebat 'encik' dari nogoghi tu....dikurniakan Allah kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja2 seni yang kreatif itu.


Kemudian bila semua dah penat, beransurlah sekejap mengambil angin di laman bangunan kraftangan yang luas itu. Sambil menikmati hidangan martabak dan teh tarik, mata saya terpaku melihat pasu2 tanah liat dan tempayan yang bermacam bentuk dan saiz di luar sana.


Hiasan taman diserikan lagi dengan motif air dari air terjun mini buatan yang menambahkan lagi rasa 'inviting' berada di laman.


Tak sabar nak balik rumah bila tengok segala aksesori dalam dan luar yang mencantikkan kediaman itu. Tak sabar nak up-grade kan laman Impiana Iman yang kekadang hampir hilang serinya dek rumput2 liar dan lalang yang makin bermaharajalela itu. Sebenarnya bukan ambik masa banyak pun nak touch-up apa-apa yang patut. Antara rajin dengan tidak je....

4 comments:

D'Rimba said...

Hebatnya mereka banyak ilham macam-macam ada. belikan untuk saya satu kak. heheheeeee

fzi said...

Memang terpegun dengan macam2 benda yang unik dan cantik kat sana. Kreatif betul they all...sume tu rasa nak angkut balik je...hehe

Roslan said...

seni itu indah dan menghiburkan..

fzi said...

Saudara Roslan...
Betul tu... seni itu indah...
Thx singgah Impiana Iman yang memang cintakan seni... :)

Labels

jom singgah ke

  • Baja Orkid - Assalamualaikum Alhamdulillah dah selamat membaja mana2 orkid yang masih ada tu...hehe Tukar baja kali ni. Kalau dulu duk guna baja buangan kelawar dan baj...
  • Cupcake Pisang Terbaik - Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni membaking lagi. Buat cupcake pisang yang sentiasa di hati...ha ha ha... Sentiasa di hati tu sebab sedap sangat rasa ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...