Hari ni pagi2 lagi tuai pegaga untuk di hantar ke kedai en harun. Dah 2,3 kali suami saya remind agar saya cabut pegaga yang dah makin lebar daunnya itu. Kalau terlambat dituai, daunnya akan jadi kekuningan dan dah tak fresh lagi. Akan terasa liat dan akarnya pula akan jadi kering dan agak keras. Tu dah kira terlebih matang le tu(tua)... hehe..
Lambat sikit saya buat kerja sebab bukan setakat cabut pegaga, siap merumput lagi(buang rumput-rumput liar yang tumpang sekaki berlumba-lumba tumbuh sekali dengan pegaga). Masa saya masih separuh jalan menyiapkannya, papa dah pun selesaikan bahagiannya iaitu serai. Dah siap basuh dan diikat 10 batang seikat. Dapat 10 ikat semuanya. Ada yang lebih2 tu papa masukkan dalam tupperware dan letak depan sinki standby buat kegunaan saya di dapur... thanks pa.. :)
Sebelum kami berdua keluar untuk hantar hasil tuaian tersebut, saya sempat sediakan tonik kegemaran suami....iaitu air pegaga. Saya ambil segenggam penuh pegaga lalu basuh bersih2 dengan akar2nya sekali. Selepas tu, saya blend kan ia dengan 2 gelas air masak(dalam blender buat jus, bukan blender yang mesin cili...hehe). Kemudian ditapis untuk dapatkan 2 gelas jus pegaga yang fresh, sedap dan menyihatkan badan... ada umpp!!
Info tentang pegaga(sumber dari perpustakaan)
Cara penggunaanya:
- ulam
- kerabu dan sayur
- daun dicelup tepung, digoreng dan dimakan
- buat jus
- mengawal tekanan darah tinggi
- membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat
- mengubati sistem saraf dan meredakan tekanan perasaan
- menyejukkan badan dan menyembuhkan lelah
- merawat penyakit hati dan masalah buah pinggang
- meningkatkan fungsi minda, daya ingatan dan penumpuan fikiran.
2 comments:
bestnya kalau ada tanah kt tepi umah. boleh tanam ulam2 nih... x jual pun makan sendiri ok gak
betul tu...lagi pun makan ulam-ulaman ni banyak khasiatnya.. jadi jom pakat2 berkebun, tak rugi berbudi pada tanah...
Post a Comment