CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Betik

Dah dua hari berturut-turut ada buah betik sebagai pembasuh mulut lepas dinner. Satu nya di ambil dari pokok di laman dapur dan satu lagi dari pokok yang di luar pagar. Sedap rasanya, manis dan berkualiti. Buahnya kecil saja dan bila dikupas kulit lalu di belah dua, macam selalu tak jumpa bijinya walau pun sebiji. Dulu ada juga bijinya yang boleh disemai balik buat benih. Mungkin dah nak sampai masa la tu... lagipun pokoknya pun dah lama... bertahun-tahun.

Semalam semasa kebetulan ke library awam kkb, saya dapat fakta pasal betik ini dari salah satu buku2 terbaru di sana.

Ianya menyebut:
Betik mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan meransang buang air kecil. Namun harus berhati2, karpain juga boleh menyebabkan lumpuh dan pusat saraf menjadi kebas dan papain pula berupaya menghadamkan serta melarutkan protein dan mempercepatkan proses pembekuan darah.

Buahnya dimakan untuk pemulihan fungsi tubuh.

Kandungan buah yang masak( isi @100g):
86.6g air, 12.1g karbohidrat, 0.5g protein, 0.3g lemak, 0.7g serabut, 1mg besi, 11mg fosforus, 204mg kalium, 34mg kalsium, 3mg natrium, 450mg vitamin A, 74mg vitamin C, 0.5mg niasin, 0.04mg riboflavin, 0.03mg tiamina, karpain, karpasemin, karposid, mirosin, papain dan pektin.


2 comments:

stROZze said...

woah.. suka la blog ni.. ada cerita pasal ulam dan buah.. :)

fzi said...

ohh...tq tq strozze

bukan takat cerita je strozze, InsyaAllah akan diselitkan sekali fakta pasal khasiat dan vitamin yang terkandung di dalamnya...hehehe

Labels