CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Lengkuas Putih


Pokok lengkuas ini asalnya dapat keratan rizom(isi)nya dari seorang kawan yang tinggal di jln mawar. Balik tu terus tanam. Excited rasa sebab dapat tanam lengkuas putih yang mengikut sejarahnya lebih baik dari lengkuas merah. Isinya lebih sedap bila dicampur ke dalam berbagai resepi masakan seperti gulai ikan masin, singgang ikan/daging, rendang dan juga masak kerutuk udang/daging. Orang kata kalau lengkuas putih ni baunya tak 'maung.' Satu lagi info yang saya dengar kononnya lengkuas putih ini, orang memang buat ubat. Wallahu'alam tak dapat dihuraikan lebih lanjut pasal bab ubat ni sebab infonya dapat setakat tu sahaja.. :)

Lengkuas ini sudah beberapa kali saya jualkan kepada beberapa pemborong kedai basah termasuklah ke kedai en harun. Semua seronok tengok lengkuas saya sebab ianya masih muda dan sedap untuk dimasak.

"Kalau muda-muda macam ni boleh dibuat ulam, sedapp...", kata kak Rubi masa saya hantar lengkuas ke kedainya satu masa dulu. "Ohh, ia ke kak?, saya tak pernah cuba la pulak buat ulam", balas saya pada kata2 kak Rubi.

Kebelakangan ini saya selalu hantar pegaga, daun kesum, daun pandan, serai dan juga lengkuas hanya ke kedai en harun yang kedainya tidak berapa jauh dari rumah. Cari mana yang dekat je. Sayur2an ini dapat dituai tak kira masa kadang 2 minggu sekali, kadang 3 minggu sekali paling jarak pun sebulan sekali.

Macam ulam pegaga cepat sekali biaknya. Boleh dapat 2kg sekali hantar(RM7 per kg). Lengkuas ini pun sama, sekali gali ambil setakat 2kg saja(RM6 per kg). Cuma serai tidak dikira per kg sebaliknya dikira dalam kiraan batang. Jadi sekali dituai suami dapatlah 200 btg serai(RM6 per 100 btg).

Kalau ada yang berminat nak tanam lengkuas, carilah yang jenis lengkuas putih ini. Amat berbeza dari segi rasa...


0 comments:

Labels