CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Jungle Trekking








"Esok pagi2 lagi kita pegi jungle trekking, nak tak?"

"Nakkk!!"
, jerit anak2 bila dengar cadangan papa....

Maka bergeraklah kami sekeluarga sekitar jam 9 pagi menyusuri hutan mini yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam di Ilham Resort, PD.

Seronok... sebab bertembung dengan ramai orang lain yang ikut serta masuk hutan. Ishk...jauh betul perjalanan. Sampai separuh jalan, saya dah mula 'kehabisan gas'... tapi suami dan anak2 pakat2 bagi semangat suh maju ke depan, teruskan perjuangan... hehe


Kami tak ikut laluan keluar sepertimana yang ramai pengunjung lain ikut...sebaliknya membelok ikut laluan turun ke pantai. Jadi alahai...makin jauh la perjalanan... ouhh!


Sampai2.... mata sume bersinar2 tengok pantainya yang begitu cantik, belum dicemari. Cantik sungguh. Sempat lah kami mandi-manda di pantai yang bersih itu... timbul rasa berani untuk turun ke dalam air bila tengok tidak jauh dari situ ada satu kumpulan besar *mungkin terdiri dari dua tiga keluarga* sedang bercamping di sana. Ramai anak2 kecik sekali. Ada bot tersadai berhampiran...jadi saya mengagak mereka tentu ke sana menggunakan bot, tak logik rasanya jika dengan ramai2 anak2 kecik tu datang melalui jalan rentas hutan.... huuu


Apa2 pun...macam2 yang kami temui sepanjang berjungle trekking....banyak hidupan yang belum pernah dilihat.... begitu kagum dengan alam semulajadi ciptaan Allah.... Subhanallah...


2 comments:

sot said...

Kenangan dan pengalaman menarik di Ilham Resort. Betapa cantek ciptaan Allah dalam treking belantara dan bermandi manda di pantai. Alhamdulillah.

fzi said...

pa..
memang best dengan percubaan kita berjungle treking hari tu... sebelum ni kalu ke Ilham, pagi2 hanya beriadah ikut laluan Tar naik ke Rumah Api...
Nx time boleh treking belantara lagi..huu

Labels

jom singgah ke

  • Bengkang Jagung Sukat Cawan - Assalamualaikum Hari ini duk sibuk buat Kueh Bengkang Jagung. Bukan buat sikit2 ni, ni buat macam untuk kenduri pulak..he he.. Kueh bawah lampu, lighting ...
  • Projek Sayang Balik Orkid - Assalamualaikum. Hi rakan blogger semua. Orkid masing2 okay? He he.... Orkid saya? Alhamdulillah ni baru nak start sayang balik orkid. Dah lama tinggal, l...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...