CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Bunga Rambu Ramba Putih





Assalamualaikum....
Salam di malam minggu....


Orite
, kali ni nak tunjuk bunga yang kembang sejak dua tiga hari lepas.

Ingat lagi satu ketika dulu saya ada
post citer pasal bunga kaler maroon yang berambu2 cantik menawan. Ceritanya boleh lihat di SINI. Pokoknya kira kerabat le dengan pokok yang saya nak tunjuk kali ini. Kira dalam famili yang sama cuma yang bezanya daun yang ini berjalur2 hijau dan putih manakala yang sebelum ini keseluruhannya hijau pekat.

Kalau dulu bunganya kaler maroon, kali ini pula tak kurang cantiknya bila tampil dengan kaler bunga yang putih melepak... ada iras2
Spider Lily gitu. Pokoknya pula senang membiak, banyak benar anak2 pokok keluar....semua berlumba2 nak penuhkan pasu tempayan yang besar tu.

Makanya selalu lah saya korek keluar anak2 pokoknya yang makin hari makin rancak cuba menyempitkan pasu tu. Untuk elakkan dari membazir, takde la saya buang anak2 pokoknya macam tu je. Sayang pula rasa.... Itu yang sebahagiannya disemaikan balik dalam
polybag dan separuhnya lagi diagih2kan buat memana kengkawan yang berminat nak tanam.

Alhamdulillah...dua2 pokok rajin berbunga....duduk pun dalam pasu sebelah-menyebelah :))


10 comments:

Cik Melor said...

salam akak.jealous melor tau tgk bunga akak.laman ciput nak tanam byk2 x blh nanti jiran komplen jadi tanam aje la pa yg patut. best juga klu bjiran gan akak blh dpt bunga free. kat cini kene beli

fzi said...

Wsalam melor...
Orite le tu melor, akak tengok banyak je melor tanam... subur pulak tu...mesti rajin membaja ni.. hehe
Itu la...kalu dekat2 boleh je akak suh datang ambik... banyak anak pokok berlebih... :)

Ummi Maryam said...

salam,

Kak fzi,saya rasa saya pernah tengok pokok ni di sebuah nursery. memang cantik. bunga dia ada yang warna putih dan purple. Akak, pokok ni jangka hayat dia lama tak dan mudah hidup tak?

Satu lagi nak mintak pandangan akak, Pokok di rumah saya yang saya tanam dlm pasu dijangkiti kulat. Pasu pun tumbuh kulat (warna putih). Pokok2 tu saya letak tempat teduh. Pokok2 sekarang sedang sakit dan hampir mati. Pokok tu ialah pegaga air, sedum, dan bonzai pokok tahi ayam. Pokok mulberi pulak kena juga tapi still tumbuh tunas2 baru. Hari ni saya punggah semua pasu2 tu, letak tempat panas, nak jemur biar kulat tu mati. Pokok bonzai tahi ayam dan mulberi tu saya rasa kena jangkitan serangga juga yang putih2 tu-teritip ke apa namanya. Saya pernah sembur dengan racun serangga tapi tak berkesan lagipun pun leceh nak pegang2 racun sebab ada anak kecik dua orang tu dok main2 kat luar jugak.

Maaf ye panjang pulak. Akak ada nasihat tak untuk saya, huhu pokok yang saya tanam tu semua saya beli, kalau mati rugi je duit suami saya..:(..wassalam.

fzi said...

Wsalam ummufarhan...
mmmm... akak rasa betul la tu yang ummufarhan tengok tu, yang kaler purple tu pokok yang akak citer satu lagi tu...tapi akak sebut kaler maroon... :)
Mudah hidup pokoknya, tapi jangka hayat bunga tak lama. Tak sempat tunggu sume kembang dalam satu jambak tu, kelopak yang awal kembang dah layu dulu....huhu
Tapi tetap cantik, berseri-seri... :)
Pasal kulat tu, apa kata ummufarhan try blend bawang puteh, cili api dan serai wangi. Tapis pastu semburkan airnya dekat pokok yang bermasalah tu... Akak hari tu dapat tip pasal ni dari pegawai di Jabatan Pertanian. Ummufarhan boleh baca citer tu dekat Projek Bumi Hijau di Pandangan Kasih.
Cuba la mana tau berkesan. Ummufarhan dah alihkan ke tempat lain tu pun, satu alternatif... biar dia serasikan diri di tempat baru. Tapi jangan direct matahari sangat biar 50:50... kalu direct takut melecur daun dia.

Rite ummufarhan, akak bagi opinion je, actually takde la reti sangat bab2 rawat pokok ni. Kat umah ni pun tak terkecuali, ada gak pokok yang hampir KO...yang dah KO pun ada....hehe

ummufarhan said...

Salam,

kak fzi, insyaAllah saya akan cuba buat..tq very much yer atas tips tu..:)cosesti

fzi said...

Wsalam Ummufarhan...
Sama2...hepi gardening... :))

waliz said...

saya suka baca blog akak..jemput datang lawat blog saya ..

http://walizgarden.blogspot.com

fzi said...

Waliz...
Ohh tQ sudi ke sini dan suka baca... :)

Semua yang akak masukkan dalam blog hanyalah sebagai kenang-kenangan akak bertanam pokok. Khusus buat tatapan anak2 akak in future...InsyaAllah.
Alhamdulillah dapat pula berkongsi hobi berkebun tu dengan suami... itu yang tak serik2 berkebun tengah2 panas di hujung minggu... hehe
Thx waliz.. :)

Bangchik and Kakdah said...

Bunga yang cantik dari pokok yang sihat... ~bangchik and kakdah

fzi said...

Bangchik dan kak dah...
Timakasih sudi singgah tengok2 bunga... Alhamdulillah pokoknya setakat ini sihat takde diserang penyakit... bunganya pula memang cantik tapi saya lebih admire bunga yang kaler maroon...nampak lebih anggun dan menawan... :)

Labels