CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Sebijik Betik di Laman


Pagi semalam, balik dari antar kakak pegi keja, nampak dari dalam keta sbiji objek berwarna oren dari kejauhan. Belum masuk gate lagi dah berkira2 nak terus ambik turun keta nanti.

Hah...ini la dia bendanya....sebijik betik yang siap masak kat pokok yang dah curi perhatian saya pagi semalam tu. Manis meletin-letin sebab buahnya masak di pokok. Alhamdulillah... suka papa time balik dari ofis tu, sebab nampak betik dah siap slice ada duk dalam peti.... sejuk tekak....sedap sungguh makan betik yang baru kluar dari peti-ais time time cuaca panas ni.... :))


**update 24/4/2010 Isnin
Betik: Antara kegunaan dan khasiatnya.
dipetik dari sumber buku:Tanaman Berkhasiat Ubatan.

Daun betik yang mengandungi papain digunakan untuk membungkus daging bagi tujuan melembutkannya. Perahan air daun betik diminum untuk menguruskan badan, melancarkan haid dan juga dijadikan sebagai ubat penahan sakit dan jangkitan.

Buah betik mengandungi vitamin C yang membantu pencernaan, manakala jus buah betik digunakan sebagai bahan kosmetik untuk menghilangkan noda-noda hitam atau ketuat di muka dan melegakan sakit pada kulit akibat terbakar.

Pucuknya dimakan setelah dicelur, dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan meransang pengeluaran susu ibu. Pucuk betik juga dijadikan tonik untuk melancarkan penghadaman. Getah buah betik muda disapu pada kulit untuk menyembuhkan kulit melecur akibat terbakar dan menyembuhkan jerawat atau kutil.

Wallahu'alam.

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...