CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Macam Plastik




"Eh macam plastik la pokok ni kan...", tegur seorang teman sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu ruang tamu ke lantai porch. "Masa sampai tadi dah perasan dah daun pokok ni nampak lain macam je...cantik, berkilat, keras...betul2 macam plastik!", sambung beliau lagi...

Memang betul.... saya pun rasa macam tu. Tumbuhan ini sebenarnya jenis biasa je...ramai orang tanam dan banyak dijual di mana-mana nurseri. Tapi bagi saya, ianya special sikit, daunnya cantik sesangat...itu yang buatkan saya splitkan ia ke ntah berapa biji pasu. Suka tengok punya pasal. Hari2 siram dan kadang buh baja, lama2 makin cantik pulak bila saya susunkan pasu2nya di beberapa port di anjung depan.

Alhamdulillah, berseri jadinya anjung depan rumah dengan adanya pokok ni...tambah ceria gitu... :))


**update 24/4/2010 Isnin
sumber: Buku Tananam Berkhasiat Ubatan

Pokok ini digelar Lelipan rupanya. Ia mudah hidup dan ditanam sebagai tanaman hiasan. Getah batangnya yang hijau digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kutik atau kutu belut. Getah daun lelipan disapu pada badan untuk mengurangkan bengkak dan bisul. Getah ini juga dipercayai boleh mengurangkan bengkak bekas sengatan lipan dan kala jengking. Di Indonesia, tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka berdarah dan patah tulang selain untuk mengubati bisul dan bengkak-bengkak di badan. Untuk rawatan luaran ini, pokok segar ditumbuk lumat dan disapu di tempat yang sakit.

Wallahu'alam.

8 comments:

cikgu said...

Cantik gak pokok ni.Xsusah sgt kan nk jaga...kalo tanam kat depan kelas ok jgk kot..pasu-pasu kosong byk lagi..:-)

fzi said...

cikgu,
elok bebenor la tanam kat depan kelas tu cikgu... for sure cantik dan berseri depan kelas nanti..heheh..
Pokoknya pula senang bela, akak kadang tak siram banyak hari pun takpe, batang pokoknya ada getah tahan walaupun tak dapat air banyak hari...

c-idah said...

salam kak..

bunga nie memang nampak macam plastik kn...

senang nk tanam..
cocok jek leh hidupkn?
kat umah mak ada sepokok..

tp warna merah2 gitu...
cantik..

fzi said...

Wsalam...
Betul tuh idah...senang tanam dan senang bela...
sume2 yang kat umah tu akak cucuk macam tu jeh tak payah ada akar pun..

yang jadi daunnya kemerah-merahan tu sebab duk tengah panas.. cantikkan... so nak mempelbagaikan kaler, setengah tu boley letak tengah panas...hehe

Kak Su said...

Geram bebul tengok pokok2 hiasan yang subur, saya pun minat...kat rumah sy suami yang tolong tanam..sy tanam tak menjadi...tangan panas he..he..

fzi said...

kak su...
saya dulu pun duk ingat 'tangan panas' sebab dua tiga pokok yang terai tanam tak berapa nak idup. Tapi ada sorang kawan sedarkan saya bila dia kata, "dah ko tak siram, tak baja, tu la pasai tak idup tuh... cuba ko siram tiap aghi..boh baja.. takde la dia mati..." hahaha
Lepas dari ari tu saya sahut cabaran beliau..... stat tanam ngan bela sekali...hehe

Mak Su said...

kat kg dulu ada pokok ni..apa namanya entah, dan saya suka bunga kertas (warnanya ceria), keladi yang daunnya bentuk mcm jari2 tu, bunga oren? apa tu? nampak ceria jer... :)

fzi said...

Oh...maksu pun minat tanam2 ni ya...
keladi yang macam jari2 kaler oren tu kalu tak silap pohon podi orang kelantan panggil. Kat luar kelantan tak tau org panggil pokok apa...hehe

Labels