CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Tanaman Hiasan di laman dapur

Selain dari bertanam ulam-ulaman di laman dapur, saya juga meletakkan beberapa pasu tanaman hiasan sebagai penyeri. Anak-anak sering duduk membaca buku cerita/komik atas buaian di luar pintu dapur ini. Jadi dengan adanya tanaman hiasan di ruang santai ini, terasa inviting lah sikit ianya buat anak2ku duduk melepak sambil teman saya masak.
Ada di antaranya ialah satu jenis keladi yang berbaldu daunnya. Warnanya pula hijau pekat dengan liang2 garisan yang berwarna putih di atasnya. Nampak kelas gitu. Selain itu ada pokok duit2 yang gah bergaya dan beberapa jenis paku-pakis. Pasu-pasu orkid pun turut sama menumpang bergantungan menambah seri. Bila di dongak ke atas pula, lapisan daun dari pokok anggur melatari bawah awning dapur yang jelas menambah redup suasana.
Cantik di mata turun ke hati. Pesona pokok2 tanaman hiasan ini menarik hati serta menimbulkan rasa kagum pada Allah yang Maha Menjadikan setiap sesuatu... Subahanallah...


Labels

jom singgah ke

  • Puding Telor aka Puding Gula Hangus - Resepi sejak zaman sekolah... pernah terai buat guna susu sejat tapi rasa lagi sedap rasa puding pakai resepi yang lama tu. Puding Telor aka Puding Gula H...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...