CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Ulam Sambung Nyawa


ulam sambung nyawa

Tak dapat nak pikir macam mana dan siapa yang mula2 kasi nama ulam ini. Ulam Sambung Nyawa... fuh..berderau rasa hati...hehe..  Ulam ini rasanya ramai yang tahu kot. Dengar cerita, khasiatnya macam-macam termasuk le boleh membantu pesakit yang mengidap diabetis dan darah tinggi. Malah ia juga bersifat antitumor/antikanser dan mampu pula merawat masalah sakit buah pinggang. Bagus tu, banyak benar khasiatnya!

Apa-apapun saya seronok sangat sebab masa berkunjung ke rumah lama kami, Ani(penyewa rumah kami sejak dulu) ada bagi keratan ulam ini dan juga ulam daun selom untuk saya cuba tanam. Menurut Ani, ulam ni sedap sangat dimakan bila cicah dengan sambal belacan. Saya pun apalagi, kira orait le dapat juga tambah koleksi ulam yang dah sedia ada di rumah. Yang dah ada tu ulam pegaga, cekor, daun kesum, bunga kantan dan dua tiga jenis lagi.

Mula2 tanam hari tu, nampak macam tak mahu hidup. Sampai kan anak saya tegur, "hidup ke tidak ulam makcik ani tu mama?"... Tapi, alhamdulillah bila dah hari2 duk siram dengan air basuhan beras, subur pulak jadinya. Tapi masih belum petik lagi, sayang sebab baru ada lebih kurang 20 helai daun je...hehe.. Nanti bila dah biak, InsyaAllah akan saya agih2kan buat member2 untuk dimanafaatkan kat rumah mereka pula..

Tak rugi bertanam ulam ni... lagipun kalau nak beli kat pasar, satu ikat kecik je singgit!




***up-date 19/3/09
Info dapat dari library:
**Nama lain bagi ulam Sambung Nyawa ini: Akar Sebiak, Kelemai Merah, Kacam Akar.Ulam ini jika diamalkan memakannya boleh menjadikan diri -
  • awet muda dan menegangkan kulit
  • merawat penyakit kencing manis
  • meredakan migrain
  • mengawal tekanan darah tinggi
Cara penggunaannya:
  • ambil segenggam daun dan direbus bersama 3 - 4 gelas air sebelum diminum.
  • dimakan sebagai ulam
  • dikisar segenggam daun dengan 3 - 4 gelas air masak untuk diminum.

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...