CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Hilang sebahagian green


Dah 3, 4 hari hati berdebar2 tiap kali berada di kawasan laman. Sebabnya saya dan yanti (helper rumah sebelah) ada ternampak kelibat sang U*** yang menjalar di tepi tembok antara rumah saya dan jiran.

Hai..ini yang buat tak berapa seronok ni. Time menyiram pokok pun mata tak lepas2 pandang kiri kanan takut benda tu muncul lagi. Mulut jangan cerita lah, tak berenti membaca ayat 4 qul untuk tenangkan hati. Kami dua buah rumah ni dah cuba cari weekend hari tu. Jiran saya masa nampak tu cepat2 call ajak pakat2 kepong.

Tapi bila dah ramai2 kecoh duk mengepung, tup-tup ia hilang lesap macam tu je. Mission gagal... Yang tak senang duduk sampai hari ni tinggal saya ngan yanti le. Sebab kami yang banyak masa kat rumah. Yanti dah siap trim semua orkid2 kampung yang tumbuh tinggi yang tanam dari dalam rumah saya(selama ini mereka biarkan nak bagi redup kawasan kolam ikan mereka).
Tapi bila dah semua dihambat rasa takut dengan benda tu, semua cuba clearkan kawasan masing-masing.

Suami saya petang semalam balik cepat, so sempat le tolong buang semua pokok2 langsuyar yang banyak tumbuh di tepi tembok. Pokok paku-pakis yang tumbuh sendiri hasil dari sebaran angin pun turut dicabut buang. Sayang juga rasanya sebab hilang sebahagian green yang menghidupkan laman.


1 comments:

fzi said...

Semasa nak ke surau tadi saya ternampak kelibat U*** kat tepi skuter saya. Saya berpatah balik ke rumah okid untuk mengambil 'cop betul'. Saya kembali dan melihat masih ada U*** di situ. Dengan kalimah Bismillah saya terpaksa bertindak menghapuskan riwayat makhluk Allah itu. Cuma saya rasa U*** yang isteri dok cerita dalam posting yg di kepung bersama jiran weekend lalu berbelang-belang hijau kuning, sedangkan yg saya berdepan mlm ini ialah berwarna hitam....hmmm.

Labels