CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Pisang Tanduk


Balik dari ofis semalam terdengar suara mama dari dapur "Pa, pisang kita". Apasal pulak ni. "Dah tumbang".

Oooo pokok pisang kat tepi pagar tu dah melentok baik punye mengadap bumi. Sampai masa la tu untuk di tuai hasilnya. Sebenarnya saya dok perhati sejak minggu lepas lagi. Nampak lain macam je. Dah tua buahnya dan daun pun dah bertukar coklat. Sampai masa untuk ditebang. Tapi takut buahnya belum cukup masak. Jadi saya tongkatkan dengan batang kayu dulu.

Pisang tanduk kami ni jarang berbuah. Masuk kali ini baru 3 x berbuah. Pisang tak akan berbuah 2 x, memang budak sekolah pun tau. Pisang tanduk kami asalnya sebatang je. Lepas tu biasa la kan, hukum alam, beranak pinak. So saya ambik salah satu anaknya, tanam kat luar pagar, jadi serumpun lagi.

Induknya berbuah sekali dulu. Kini anaknya pulak berbuah. Specialnya pisang tanduk ni ialah saiznya yang besar.

Kalau nak bandingkan dengan pisang emas, memang macam kancil dengan kambing la kan, saiznya. Kiranya kalau nak di goreng sebijik tu pun kira cukuplah untuk kami sekeluarga. Kalau nak bagi kat jiran2 tu dua bijik satu umah pun kira ok. Itulah rezki dari Allah. Alhamdulillah.

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...