CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Pokok duit-duit



Pokok duit-duit ini sememangnya dah berjalan merata-rata. Oleh kerana pokoknya dalam pasu besar dah over-flow, saya selalulah potong dan semai dalam pasu-pasu yang lebih kecil. Jadi bila kebetulan ada kawan2 yang datang ke rumah, dapatlah ia dijadikan sebagai souvenier.

Tak tahu pula nama saintifiknya apa, tapi biasanya orang panggil pokok duit-duit je. Masa beli dulu, amoi nurseri tu kata "pokok ni boleh kasi ong pada tuan rumah". Entah lah, saya tidak lah taksub atau percaya sangat dengan benda-benda macam ni. Bagi saya selagi pokoknya kelihatan cantik dan anggun dengan daunnya keras berkilat, akan tetap menambat hati saya tanpa terpengaruh oleh faktor2 lain.

Tapi ada satu perkara yang bermain-main di fikiran. Seorang sahabat saya dalam kunjungannya hari tu ada bercerita yang beliau dapat info yang menakutkan tentang pokok ini dari seorang kawan. Dikatakan ia mampu mengeluarkan satu jenis gas yang boleh memudaratkan kesihatan. Jika terhidu, boleh sebabkan kanser! Info yang tak disangka-sangka ini baru pertama kali saya dengar. Betul tidaknya...wallahua'lam... Nampak gaya kena tanya-tanya dan buat research pasal ni.


2 comments:

Anonymous said...

orang cina memang panggil pokok ni money plant tapi tak tahu la pulak kalau org melayu panggil pokok duit-duit.. kalau tak silap ada nama lain..

fzi said...

ooya ke... Saya panggil pokok duit2 tu pun bila dengar member panggil camtu...tq fazli

Labels