CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Laluan pejalan kaki

Semalam saya mengubah-alih kepingan bersimen untuk laluan pejalan kaki di laman dapur. Sejak kebelakangan ini saya perhatikan bila setiap kali melangkah di laluan ini, secara sengaja atau tidak pasti akan terlanggar ranting pokok limau purut dan lemon dari pokok yang semakin membesar. Bimbang pula takut tersangkut kat anak-anak.
Dengan bulat hati saya pun mulakan misi dengan menyangkul cermat pearl grass(sebesar bulatan kongkrit yang hendak di alih itu), bersekali dengan tanahnya agar akar rumputnya tidak terugah. Saya top-up kan tanah pada ruang kosong yang dicangkul supaya rumputnya nanti tinggi dan tidak bertakung air. Kepingan kongkrit kemudiannya dikorek keluar lalu kedua-duanya(rumput dan kepingan bertukar tempat. Syukurlah, akhirnya berjaya pindahkan sebanyak 4 keping kesemuanya *setelah bersusah-payah...hehehe*.

Rasa senang hati bila dah siap sume... :))

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...