CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Tanaman Hiasan Yang Menceriakan



Saya dulunya tertarik untuk menanam pokok ini bila melihat kemeriahan bunganya yang berwarna oren, cantik di laman sebelah. Rumah Pak Nor kelihatan berseri dengan keserian pokok bunga ini yang merimbun di pagar penjuru laman. Semasa joging bersama suami di hari minggu pula terpegun lagi melihat keanggunan pokok yang sama di pagar rumah kak z dan juga di tepi gate rumah Hj Halimi.

Tak boleh jadi ni. Saya pun apalagi bila kebetulan singgah ke nurseri bersebelahan pasar untuk membeli tanah 2, 3 kampit, terus beli anak pokok ini dalam polybag yang kebetulan ada di jual. Dari anak pokok yang tidak sebesar mana hari tu, sekarang dah tumbuh subur dan dah jadi macam kat rumah Pak Nor dah...hehehe..

Pokok ini banyak ditanam dan dijadikan pokok tanaman hiasan di sepanjang jalan2 di kawasan sekitar Shah Alam. Ianya cantik, attractive dan menceriakan... begitulah kata2 yang boleh diluahkan untuk menggambarkan perasaan bila melihat pokok ini...

Namanya? Hari tu tau, tapi lupa pula nak catit.. maklumlah nama saintifik, payah nak ingat kalau tak dicatit. Nantilah bila2 semak balik namanya dalam buku 'Tanaman Hiasan' kat library awam Kuala Kubu Bharu.


4 comments:

S@Y@NGH@SNI said...

LA...BARU JE AHAD LALU YUS TENGOK POKOK NI KAT DANGA BAY. BARU CAKAP-CAKAP NGAN HUBBY NAK TANAM POKOK NI KAT RUMAH. TANAM DALAM PASU KER? NANTI AJAR YUS K?

fzi said...

Emp.. baik tanam cepat yus, pokoknya memang teramat le cantiknya...kaler bunganya berseri-seri memeriahkan suasana. Hari tu akak tanam dalam pasu kecik dulu then bila dah bloom baru ganti ngan pasu besar tu. Ada kawan yang tanam terus kat tanah je tapi buat lingkungan ngan batu-bata.. ok gak..

Anonymous said...

pokok ni menjalar ke.. macam biasa tengok pokok ni..

fzi said...

..tak tau nak cakap pasal menjalar ke tidak. Yang kat rumah ni saya just ikat di lampu atas tembok gate, pastu biarkan saja ia membawa diri. Nampak macam tak pandai melilit. Ada jiran syorkan kena selalu trim baru keluar pucuk baru yang akan produce bunga. Saya ikut saranan itu dan beginilah hasilnya...

Labels