CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Air Kelapa Muda


Petang ni sambil dok tengok2 laman rumah, isteri mintak saya ambikkan kelapa muda kat pokok tu, terasa nak air kelapa muda pulak katanya. Hmm...cantek, sebab ada 3 bijik berbaki kat tandan yang mengadap pagar tu yang dah memang ready untuk di petik. Berbanding dengan dua tiga tandan yang lain tu, walaupun lebat tapi masih kecik lagi. Mungkin bulan depan baru ready. Pokok kelapa pandan kami ni buahnya aras kepala kita saja dan boleh dipetik dengan mudah.

Anyway 3 bijik kelapa muda ni selamat saya kopek untuk air dan isinya. Cukup untuk satu jag penuh. Airnya yang semulajadi manis tidak perlu ditambah gula. Setelah disejukkan dalam freezer sekitar satu jam, kami sekeluarga pun menikmati air kelapa muda original first class ini dengan syoknya....Alhamdulillah.

1 comments:

Cikli said...

teliur weh abe.

tengah panas ceng ceng gak.

Labels

jom singgah ke

  • Bengkang Jagung Sukat Cawan - Assalamualaikum Hari ini duk sibuk buat Kueh Bengkang Jagung. Bukan buat sikit2 ni, ni buat macam untuk kenduri pulak..he he.. Kueh bawah lampu, lighting ...
  • Projek Sayang Balik Orkid - Assalamualaikum. Hi rakan blogger semua. Orkid masing2 okay? He he.... Orkid saya? Alhamdulillah ni baru nak start sayang balik orkid. Dah lama tinggal, l...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...