CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Dua weekend takde rehat....

"Beratnya mata memandang....."

Itulah ungkapan yang sesuai bila sebut pasal semak samun yang tak terlayan tu... cepat benar nak jadi semak laman dengan rumput2 liar dan daun2 lalang yang bertandang. Pokok2 yang tumbuh sendiri pun tumpang sekaki pakat2 bantu menyemakkan laman seperti pokok Daun Biji Kacang/Ara Tanah, pokok Busuk-busuk/Daun Kapal Terbang, Semalu dan dua tiga jenis lagi yang saya tak tau nama.


Alhamdulillah, berkat ada hobi yang sama dengan cik abang, maka
clear lah sikit laman... 2 weekend (samada Sabtu atau Ahad) kami habiskan dengan merawat laman je... kena buat sendiri maklum saja dah tak pakai khidmat berbayar dah... *alhamdulillah jimattt kos...*

Hampir sekerat hati saya duk merumput di sekitar taman dapur hingga ke hujung pergola.... papa pulak buat bahagian mesin rumput kat laman depan, trim2 pokok dan buang daun2 kering kat semua pokok buah.
Anaknda yang tolong hanya abang je...yang dua lagi tak minat berkebun, takde la nak berpanas2 kat luar ngan mama ni... ishk!

Penat..... Tapi hepi bila tengok sume dah clear....
:))


...pandangan dari pintu dapur *time saya masak sempat mengerling ke luar...* --->
>>

2 comments:

sot said...

Alhamdulillah, sejuk mata memandang. Nikmat yg kita syukuri.

fzi said...

Pa..
alhamdulillah... suka mama tengok green sesambil masak tu.. :)
Dua minggu lagi, rumpai akan naik balik...so hepi merumput lagi le kita... :)

Labels

jom singgah ke