CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Homemade Syampoo.....


"Kita buat syampu sendiri nak?"

Saya sajer test tanya anak2.... nak tau apa reaksi diaorang.

"Eeeee..... tak nak la mama.... "

Ohh... dah agak dah mesti camtu jawapan anaknda...huuu

Eh, apa salahnya kita cuba ya tak.... sebab tengok dari cara2 nya senang je. Saya terjumpa cara2 buat homemade syampoo tu masa duk belek2 buku HERBA Sumber Perubatan Tradisional tu lagi. Dah berapa kali call Mona dekat library mintak tolong continue date buku2 yang saya pinjam.... tak habih2 lagi nak geledah isi buku2 tu sume...hehe... bukan apa, di samping niat untuk panjang2kan info bermanafaat di alam maya, harapnya input tu juga dapat jadi arkib untuk rujukan kami sekeluarga... :))

Orite, jom kita kongsi ilmu tu sama2....
Apa yang buku tu kata.....

"Memakai syampu adalah cara yang mudah mencuci rambut tetapi ia belum tentu selamat kerana kesan sampingannya. Cara yang lebih selamat ialah dengan membuat sendiri syampu di rumah. Caranya dengan mengambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, sedikit bunga-bungaan (cempaka dan mawar) anggaran 4 kuntum.

Campurkan semua bahan itu kemudian kisarkan sehingga hancur dan lendir akan keluar dari daun bunga raya.

Lendir itu dijadikan sebagai syampu. Sapu pada kepala dan urut. Biarkan selama 1 jam, semakin lama dibiarkan lagi baik. Selepas itu bilas dengan air bersih. Anda akan mendapati rambut lebih lembut, lebat dan wangi."


**nota fzi: ....nak try gak buat ni one day... tapi nak tunggu pokok kenanga saya keluar bunga dulu... boleh campur sekali... hehe


0 comments:

Labels