CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Pergola pun berwajah baru




Bila nak raya ni, semua nak kena touch-up termasuklah pergola yang duduk-letaknya kat depan sekali tu. Masuk2 gate terus jumpa pergola dulu.

Bila perhati2, kaler tiangnya masih ok lagi... tapi bila dongak ke atas, palang2nya yang nak kena touch-up. Setelah hampir 7 tahun, pergola kayu cengal kami itu dah mula naik lumut. Tak boleh jadi nih, tak boleh dibiarkan. Kena kikis buang lumut2 tu dengan kertas pasir dan kemudian kena selek balik.


Satu lagi, bunga kertas kaler maroon atas pergola pun dah dicantas buang. Bukan takat ditangkas malah pokok dengan akar2 nya sekali dikorek buang. Dua minggu lepas kami minta khidmat En Kumar and the gang tolong selesaikan masalah ini. Kesian pulak nak mintak suami yang buat kerja2 berpanas kat luar ni sementelah waktu tu semua sedang berpuasa....


Jadi bunga kertas kaler 'aiskrim' pula yang dirancang dapat ganti jadi bumbung pergola kali ini.
Kalau sebelum ni bunga kertas kaler maroon melatari bumbung pergola, kali ini nak kaler aiskrim *kombinasi kaler putih dan pink* pula.

Jadi setelah sekian lama, maka berubahlah pergola
kami dengan wajah baru yang harap2nya akan tampil dengan imej yang lebih ceria dan bergaya... hehehe


Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...