CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Sepetang di laman


"Jom, kita take a walk...", ajak suami takkala selesai solat Asar petang semalam.

Saya yang sebenarnya agak penat dan rasa malas, hanya menganguk2 tanda setuju. Cepat2 membuka telekung dan mengenakan proper attire untuk tujuan beriadah tu.

Papa keluar dulu sementara saya singgah di sinki basuh cawan dan piring yang buat minum petang sebelum itu. Clear kan mana yang patut dulu baru senang hati nak keluar beriadah.

Keluar2... tup tup papa duk tengah mesin rumput. Sambung yang belum selesai di sebelah paginya. Orite!! Saya yang memang rasa liat nak keluar jalan tu, cepat2 buat2 sibuk tolong cabut rumput liar yang tumbuh di sekitar tanaman pegaga. Lepas itu sambung trim mana2 pokok yang dah mula hilang potongan dan merewang-rewang tanpa arah tujuan tu...hehe...

Sebaliknya kakak dan Shilah hanya duk pusing2 kawasan dengan basikal. Riuh-rendah suara keduanya berbasikal di laluan depan rumah. Dua-dua tak minat gardening. Jadi saya tak dengar sorang pun offer diri nak tolong kerja2 gotong-royong tu *bukan main lagi*....hehe... Diaorang ada la tolong tapi tolong ambik buah kelapa je. Tu pun siap guna tangga panjat padahal pokoknya takde la tinggi mana.... saja nak main2..... alahai... :)

Suasana petang tambah meriah dengan suara Sofea dan sepupu2nya yang sedang bermain badminton di laman sebelah. Bila mesin rumput kami mengaum, lagi la tambah meriah suasana....hahaha...


Sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang, semua kerja2 kat laman dah siap. Alhamdulillah, clear semua dan nampak sedap la sikit mata memandang....

Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...