CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Keladi memanjat tembok



Semasa menyapu dan kemudiannya menyembur laju tiles dan simen dari getah paip di anjung belakang semalam, tiba2 ternampak pokok keladi daun pecah-pecah ini makin meninggi. Tak berapa perasan tahap tumbesarannya dek pokoknya duduk kat belakang. Orang kata, terpinggir le lebih kurang...hehehe...

Saya pun cepat2 tutup paip air, langsung terus menuju kepada tarikan objek tadi...
Woahhh... besar sungguh daunnya... "Jenis keladi ke ni?", saya tertanya2 dalam hati. "Betul la tu agaknya....", saya bertanya kemudian membuat rumusan sendiri...hihihi

Seronok tengok daunnya yang 'Giant' itu. Rupanya dalam diam-diam pokoknya dah memanjat tembok, dah hampir sama paras dengan gutter bumbung. Saya masih ingat lagi tujuan ditanam tumbuhan ini dulu, sebab nak cover tembok yang nampak kosong di penjuru belakang sebelah kanan itu.

Lama dah tak menjengah, tak perasan rupanya dah tinggi pun....syukurlah....

1 comments:

Peminat Keladi said...

Keladi ni minat tempat yg cosy dan redup di tepi tembok batu. Suburnya terserlah dari dedaunnya yg melebar itu. Serasi di tempat tu nampaknya. Tembok yg kosong dulu kini nampak ada seninya di hias daun keladi pecah2 bersaiz XL ini.

Labels