CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Mentimun

Timun yang beli dekat pasar, bukan tanam kat rumah.
Best timun ni, kecik2, rangup dan tak pahit.

"S
alam Mona, kita tak sempat lagi nak gi library,
so tepaksa le mintak tolong awak sambung lagi
tarikh buku yang kita pinjam tu..."


Huhuhu.... entah yang ke berapa kali dah antar mesej yang sama dekat kawan saya yang jadi librarian tuh. Sori k Mona, bila takde urusan samada nak ke hospital ke, pejabat gomen ke kat kkb tuh, makanya tak dapat le kita nak tumpang sekaki pegi library antar buku....huhu

Maka terpaksa le kita sambung lagi belek buku herba yang banyak2 tu.... hehe


OK... Teruja pulak bila baca citer pasal Mentimun.

  1. Mentimun memang bagus sangat kalu dibuat jus. Ingat citer Ani Asri masa datang rumah kami hari tu, pun ada citer pasal kebaikan jus mentimun ni. Air mentimun jika diminum setiap hari dipercayai boleh mengurangkan berat badan. Woahh... bagus nih! Ani kata,"..tak payah mesin pun kak timun tu, karih2 pakai garfu je.... pastu tambah le air masak, gula dan ais secukup rasa...." ....mmmm.... mesti nak kena cuba nih, dah brape lama dah tangguh nak buat, tak jadi2...
  2. Air perahan mentimun jika disapukan pada muka akan menghasilkan wajah yang lembut dan kulit yang lembap dan licin. Sebab itulah mentimun digunakan untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat.
  3. Air perahan mentimun diminum oleh pengidap penyakit darah tinggi.
  4. Mentimun juga digunakan untuk mengatasi masalah gastrik, gout, reumatik dan atritis *yang dua perkataan terakhir tu tak tau saya penyakit apa... :)*
  5. Ia bersifat diuretik dan mengandungi saponin, enzim proteolitik, glutation dan flavanoid *yang ini lagi le tak tau apa yang diaorang duk merepek tu... hehe*

Jom buat jus timun pulak kita!


Monday

Mengkudu


Ohh dari petang semalam lagi duk clear lorong laman tepi bilik abang. Boleh kata bertungkus- lumus jugak le dengan papa, buang semua tanaman pagar. Rasa silap besar tanam tanaman pagar ni dulu sebab akarnya jenis akar yang berserabut, jadi semua bahagian tanah didominasikan akar2nya. Sampaikan takde ruang untuk pokok2 lain tumbuh. Hari tu saya pernah tanam pokok limau nipis kat situ, tapi akhirnya mati jugak bila tanah di bawahnya sendad dengan kehadiran akar2 pokok tanaman pagar tuh.

Dalam duk clear2 tuh, buang sekali pokok mengkudu yang dah kluar buah dah pun. Terpaksa buang sebab walaupun ianya tumbuh dari laman kami, tapi keseluruhan dedaunan pokok mengkudu mengambil tempat ruang laman jiran. Bimbang ianya menimbulkan rasa tidak senang di hati Pak Nor sekeluarga, itu yang kami cantas buang sampai tinggal pangkal pokok je. InsyaAllah nanti tumbuh lagi pucuk baru lepas ni.

Dapatlah lima enam biji buah mengkudu. Belum terfikir lagi nak buat apa tapi ramai yang kata ia mengandungi banyak khasiat. So apa lagi geledah buku Herba lagi la saya....jom tengok apa buku tu kata pasal mengkudu..

  • daun dan buahnya boleh dijadikan ulam dan kerabu
  • nama saintifiknay Merinda Citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan sehingga digelar sebagai ratu tumbuhan.
  • khasiat buahnya boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta salah urat.
  • buah mengkudu juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan anagesik(penahan sakit), antiseptik(membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.
  • seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
  • biji mengkudu juga dipercayai boleh digunakan sebagai julap.
  • buah mengkudu juga dijadikan sebagai minuman kesihatan seperti jus mengkudu. Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun dari tudur terutamanya sebelum menikmatai sarapan pagi. Walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana baunya yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan komersil pengusaha jus mengkudu menambahkan berbagai perisa seperti strawberi atau anggur untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu...

Ohh banyak rupanya khasiat mengkudu ni ya..... :))


Sunday

Cekur


Lagi cerita cekur....

... tapi yang ini cekur yang agak fames di kalangan orang dulu2. Baru2 ini saya terbaca cerita tentang seorang Embah yang usianya dah menjangkau 90-an tetapi masih kuat dan bertenaga mengalahkan orang muda. Beliau sudah bongkok tiga tetapi lapang ruang halamannya tanpa sampah-sarap dan daun2 kayu. Embah yang mengerjakannya sendiri.

"Embah masih boleh buat kerja, dah biasa macam ni", katanya tersenyum meleret. Wajahnya cerah dan bersih.

Apa rahsianya embah masih sihat, cergas dan muka tampak bersih dan kemerah-merahan?

"Embah kuat makan jamu, sejak muda sampai ke hari ini. Darahnya bersih dan jarang sakit kuat", bisik salah seorang anak beliau.

Di bahagian belakang rumah embah ditanam cekur, bonglai, jerangau, halia bara, lempoyang , daun pulut-pulut, ubi kerot, kunyit dan pegaga.
*perkongsian sedutan cerita embah sekadar memberi semangat untuk kita sama2 titikberatkan kesihatan tubuh badan...*



Sebut tentang cekur ini, mengikut buku Tanaman Berkhasiat Ubatan:

Daun cekur banyak digunakan sebagai sayur dan ubat. Daun ini berkesan untuk memanaskan tubuh badan. Air rebusan rizomnya(ubi) dibuat minuman tonik untuk wanita yang baru lepas bersalin. Tonik ini berkesan membuang angin daripada badan. Daun cekur digiling dan dibuat ubat pupuk untuk mengubati bengkak-bengkak di badan. Seketul rizom yang dikunyah bersama2 sedikit garam dipercayai boleh melegakan gatal-gatal tekak. Kesemua bahagian tumbuhan ini mengandungi minyak pati.

Amalan memakan daun serta isi cekur dipercayai dapat mengekalkan awet muda dan menghilangkan bau nafas. Rizom cekur juga boleh merawat pening kepala, rasa mual dan gastrik. Untuk tujuan ini beberapa ketul rizom direbus hingga airnya tinggal secawan dan diminum.


Cekur Merah


Dah lama pokok ni ada kat laman. Tapi saya tak pernah tahu yang rupa2nya ia adalah sejenis cekur. Selama ini saya ingat ianya tak lebih dari sejenis pokok hiasan yang keluarkan bunga kaler purple yang cantik.

Namanya Cekur Merah dan termasuk dalam famili Zingiberaceae. Ohh takde la nak sebut nama famili dia tu kalu ada memember tanya, pakai sebut cekur merah je la... hehe


Jom tengok fakta mengenainya:

"Isi cekur merah boleh dibuat ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kulit. Caranya adalah dengan mengambil isi cekur merah yang segar sebesar jari manis dan sepanjang 0.5 cm lalu dibersihkan dan dimakan. Selain berkhasiat ubatan, cekur merah ditanam sebagai pokok hiasan. Isinya boleh digunakan dalam masakan."

sumber dari buku: Tanaman Berkhasiat Ubatan

Friday

Homemade Syampoo.....


"Kita buat syampu sendiri nak?"

Saya sajer test tanya anak2.... nak tau apa reaksi diaorang.

"Eeeee..... tak nak la mama.... "

Ohh... dah agak dah mesti camtu jawapan anaknda...huuu

Eh, apa salahnya kita cuba ya tak.... sebab tengok dari cara2 nya senang je. Saya terjumpa cara2 buat homemade syampoo tu masa duk belek2 buku HERBA Sumber Perubatan Tradisional tu lagi. Dah berapa kali call Mona dekat library mintak tolong continue date buku2 yang saya pinjam.... tak habih2 lagi nak geledah isi buku2 tu sume...hehe... bukan apa, di samping niat untuk panjang2kan info bermanafaat di alam maya, harapnya input tu juga dapat jadi arkib untuk rujukan kami sekeluarga... :))

Orite, jom kita kongsi ilmu tu sama2....
Apa yang buku tu kata.....

"Memakai syampu adalah cara yang mudah mencuci rambut tetapi ia belum tentu selamat kerana kesan sampingannya. Cara yang lebih selamat ialah dengan membuat sendiri syampu di rumah. Caranya dengan mengambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, sedikit bunga-bungaan (cempaka dan mawar) anggaran 4 kuntum.

Campurkan semua bahan itu kemudian kisarkan sehingga hancur dan lendir akan keluar dari daun bunga raya.

Lendir itu dijadikan sebagai syampu. Sapu pada kepala dan urut. Biarkan selama 1 jam, semakin lama dibiarkan lagi baik. Selepas itu bilas dengan air bersih. Anda akan mendapati rambut lebih lembut, lebat dan wangi."


**nota fzi: ....nak try gak buat ni one day... tapi nak tunggu pokok kenanga saya keluar bunga dulu... boleh campur sekali... hehe


Wednesday

Dua weekend takde rehat....

"Beratnya mata memandang....."

Itulah ungkapan yang sesuai bila sebut pasal semak samun yang tak terlayan tu... cepat benar nak jadi semak laman dengan rumput2 liar dan daun2 lalang yang bertandang. Pokok2 yang tumbuh sendiri pun tumpang sekaki pakat2 bantu menyemakkan laman seperti pokok Daun Biji Kacang/Ara Tanah, pokok Busuk-busuk/Daun Kapal Terbang, Semalu dan dua tiga jenis lagi yang saya tak tau nama.


Alhamdulillah, berkat ada hobi yang sama dengan cik abang, maka
clear lah sikit laman... 2 weekend (samada Sabtu atau Ahad) kami habiskan dengan merawat laman je... kena buat sendiri maklum saja dah tak pakai khidmat berbayar dah... *alhamdulillah jimattt kos...*

Hampir sekerat hati saya duk merumput di sekitar taman dapur hingga ke hujung pergola.... papa pulak buat bahagian mesin rumput kat laman depan, trim2 pokok dan buang daun2 kering kat semua pokok buah.
Anaknda yang tolong hanya abang je...yang dua lagi tak minat berkebun, takde la nak berpanas2 kat luar ngan mama ni... ishk!

Penat..... Tapi hepi bila tengok sume dah clear....
:))


...pandangan dari pintu dapur *time saya masak sempat mengerling ke luar...* --->
>>

Labels