CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Terpaksa dan Dipaksa Gotong Royong


Pagi minggu yang sibuk bagi kami sekeluarga. Sume turun padang bergotong-royong kecuali Shilah *as usual selalu excuse dalam bab2 ni....lebih rela duk bergolek2 baca novel dari ikut ambik bahagian dalam aktiviti yang memenatkan ini.... shilah..shilah...* Jadi kami tiga orang je lah yang kena buat. Kakak pun takleh ikut serta sebab kakak keje shif pagi hari ni. Siap kena overtime lagi, direct sampai malam.... huuuu.... tabahkan hati k anakku.

Berbalik pada mantainance laman, sekarang dah tak pakai khidmat berbayar dah, dah lama dah sejak ada mesin rumput sendiri nih. Bermakna.... sume terpaksa dan kena paksa contribute masa dan tenaga untuk maintain kan laman, biar selalu sedap mata memandang.... hihi

Semasa entri ini ditulis, abang dan papanya masih sibuk di laman. Clearkan apa2 yang patut. Dah jadi macam mini hutan tropika dah laman dengan pokok2 yang tanam kat tepi2 pagar semua dah merewang2 tinggi dan melintuk2 tanpa arah tujuan. Rumput di laman kembali meninggi bersaing dengan kemuncup yang tumbuh melata. Tak berselera nak main badminton dalam dua tiga hari ni, nanti habis seluar trek ku kena kemuncup....hehe

Ghommm....ghommm... jelas dengar bunyi mesin rumput tengah mengaum kat luar tu. Abang tengah mesin rumput la tu. Alhamdulillah, abang dapat cover banyak tugas pagi ni, dari keje tolong buang ranting2 pokok yang papa cantas kemarin terus kaup sekali daun2 kering yang papa dah siap2 kumpulkan dalam beberapa timbunan. Abang angkut dengan keta tolak dan buang kat kaki bukit hujung jalan. Dua tiga round gak nampak duk ulang-alik. Uish...gerenti sakit urat abang pas ni....hihi ...sabar ya bang, bukan selalu kena buat keje heavy heavy camni... :)

Saya pulak sempat lari ke pc ni kejap, tak ddan ddan nak citer dan buh gambar yang snap tadi sebelum mula nak masuk dapur, masak untuk lunch.

Tapi dah accomplish kan banyak keje jugak le termasuk siram hampir sume pokok satu laman dan buh baja kerang kat sume okid. Tadi juga sempat tolong pegang tangga yang papa panjat untuk alihkan pokok tanduk rusa saya. Simen porch tak berapa rata, kang tak pegang tangga kang, tak pasal2 jatuh pulak suamiku nanti...hihi...
Tanduk rusa tu duk tergantung hampir sebulan jugak le kat bawah porch *idea saya jugak asalnya nak letak situ...huuuu* Hampir KO jadinya pokok tu....kering dek kurang dapat air. Embun pagi2 tak kena, hujan apatah lagi.... So pagi ni buat keputusan nak alihkan tempat je tanduk rusa tuh. Lagi sekali saya kasi idea, suh papa gantung tanduk rusa tu kat pokok kelapa yang dah kian meninggi tu pulak. Dari duk appreciate batang pokok kelapa yang nampak kosong tu je, elok gak gantung tanduk rusa ni... tentu nampak cantik pas ni lebih2 lagi bila tengok dari luar pagar... hehe

Orite, saje nak citer aktiviti kami di pagi minggu ini....
penat... tapi alhamdulillah, pueh hati...
Daaaa......
:))


3 comments:

amir acap said...

penat gle gotong royong td..hee.. tp xpe r..skali skale je an..hee..

sot said...

Alhamdulillah bersih dan nampak berseri pulak taman kita hari ni. Mission accomplished.

fzi said...

Alhamdulillah... :)

Labels