CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Keladi memanjat tembok



Semasa menyapu dan kemudiannya menyembur laju tiles dan simen dari getah paip di anjung belakang semalam, tiba2 ternampak pokok keladi daun pecah-pecah ini makin meninggi. Tak berapa perasan tahap tumbesarannya dek pokoknya duduk kat belakang. Orang kata, terpinggir le lebih kurang...hehehe...

Saya pun cepat2 tutup paip air, langsung terus menuju kepada tarikan objek tadi...
Woahhh... besar sungguh daunnya... "Jenis keladi ke ni?", saya tertanya2 dalam hati. "Betul la tu agaknya....", saya bertanya kemudian membuat rumusan sendiri...hihihi

Seronok tengok daunnya yang 'Giant' itu. Rupanya dalam diam-diam pokoknya dah memanjat tembok, dah hampir sama paras dengan gutter bumbung. Saya masih ingat lagi tujuan ditanam tumbuhan ini dulu, sebab nak cover tembok yang nampak kosong di penjuru belakang sebelah kanan itu.

Lama dah tak menjengah, tak perasan rupanya dah tinggi pun....syukurlah....

Thursday

Daun Cekur Manis



Bila sebut nama sayur ini, terbayang lah masak lemak putih daun cekur manis campur keledek. Sedap dan menyelerakan kalau buat lauk untuk makan tengahari. Kena pula ada sambal tumis udang dan ikan rebus goreng lagi lah payah nak berhenti makan...hehe

Pokoknya yang saya tanam di tepi2 pagar cepat benar nak jadi semak. Selalu juga le di trim selepas diambil pucuk2nya buat sayur. Kalau bukan sayur lemak pun sayur air. Tapi selang tak berapa lama lepas dicantas, merimbun balik. Kekadang tinggi nya melepasi pagar rumah jiran. Suami saya dah naik rimas suruh buang je, takut ada benda2 merbahaya menyorok dalam rimbunan pokok2 tepi pagar tu. Saya yang sayang tak nak cabut semua sekali. Hanya trim dan buang gitu2 je. Yalah, sesak2 berguna juga daun-daunnya..tak gitu?


**update 24/4/2010 Isnin
sumber: Buku Tananam Berkhasiat Ubatan
Antara kegunaan dan Khasiat:

Daun cekur manis yang ditumbuk lumat dan dipupuk ke bulu kening secara berulang2 dalam dua minggu dapat melebatkan bulu kening. Selain itu, air daun cekur manis yang dicampur dengan lendir daun lidah buaya dilumurkan ke kepala untuk menyihatkan rambut. Pucuk dan dun muda cekur manis boleh dibuat sayur.


Tuesday

Tanduk Rusa (2)





Pokok tanduk rusa ini serasi barangkali saya tempatkan di salah satu penjuru tiang pergola itu. Tiang yang satu itu dilinkungi keseluruhannya dengan tumbuhan ini. Setiap-kali angin bertiup, daun-daunnya yang bak rambut ikal-mayang itu bergoyang-goyang lembut biarpun deras tiupan angin. Ingatkan bila dah lama, daunnya akan mengering dan kemudian gugur macam yang sudah-sudah. Namun dari hari ke hari, tengok2 ianya makin memanjang mengurai dan sekarang sudah hampir mencecah lantai pergola pula. Huihh... kalau keluar malam2, memang nampak agak menakutkan jugak lah lebih2 lagi kalau dalam cahaya bulan yang samar2.

Ohh tanduk rusa...alangkan indah kejadianmu, unggul dan unik sekali! Subhanallah..... Maha Suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu.

Keladi berdaun velvet


Teruja untuk paparkan gambar keladi yang cantik ini. Daunnya berbaldu atau orang putih kata 'velvet'. Tampil cantik bergaya dengan warnanya yang hijau pekat. Urat2 daunnya pula warna putih, jadi bila keladinya hijau pekat maka terbit lah satu combination warna yang menyerlah gitu....

Keladi ini kak Siti hj Jo(salah-seorang jiran kami) yang kasi. Sebelum itu saya tak pernah nampak keladi yang macam ni kat mana2 nurseri. Yang selalu jumpa tu yang orang panggil keladi telinga gajah *nanti saya postkan gambarnya dalam entri akan datang*. Jadi bila dapat yang bervelvet ini, rasa besssst... sangat. Ingat lagi, tiga empat kali ucap terimakasih pada kak Siti dulu... hehe... thanx kak Siti....


Saturday

Pokok Cili


Ini lah satu2nya pokok cili yang masih ada.... huuuu.. Hari tu ada banyak lah juga. Cili api kampung yang kecik2 tu pun ada dan tak putus2 dulu, sampaikan lama jugak le saya tak payah beli kat pasar bila nak buat sambal belacan. Tapi sekarang semua pupus, satu pun pokok cili api/cili merah takde.

Jadi hanya pokok cili yang satu ini sajalah setakat ini sudi berbunga dan menerbitkan cilinya. Tak sangka boleh tahan juga lebatnya. Namun tak ingat pulak saya bila disemai benihnya kat situ. Agaknya yang tumbuh sendiri semasa saya menyiram air basuhan beras dan ikan, benih2 cili kering mungkin ada termasuk sama kot.... Ahhh tak kisahlah, janji boleh lah guna cili2 ini, boleh masuk dalam sayur lemak atau slice2kan ia masuk bersama bawang besar semasa goreng daging.... mmm...alhamdulillah syukur....


Tuesday

Limau Purut



"Ehhhh.... cepat pa, cepat.... datang tengok ni!"

Suami saya cepat2 datang bila dengar suara saya yang seakan menjerit tu...hehe.... Semua waktu tu baru turun dari kereta balik dari hantar abang ke stesen komuter Rawang.

"Itu pa, tengok pokok limau purut kita dah keluar buah!", kata saya bersungguh2 sambil membuat isyarat menggunakan kepala kerana tangan kiri-kanan sarat membawa beg plastik yang berisi barang2 dapur yang dibeli masa singgah ke NSK.

Ohhh seronoknya..... setelah sekian lama, berbuah juga akhirnya pokok limau purut tu. Sekali berbuah, saiz buahnya besar sangat saya tengok. Rasa macam kecik sikit je dari bola tenis(ishk, over pulak...hehe). Boleh saya tak perasan selama ni. Tau2 buahnya dah besar macam gitu. Bila di jengah di dahan2 lain, nampak lah 3,4 biji lagi buah limau yang masih kecil. Wow! Hepinya rasa......

"Dah boleh ambik ni pa?", tanya saya tak sabar2.

"Biar dulu, kita tunggu biar dia besar lagi", kata papa sambil tangan memaut dahan yang tergantung buah limau tersebut. Nak snap gambar le tu..... :)))

Saya dah berkira2 nak gunakannya untuk merawat rambut nanti. Yang saya tau berkenaan buah limau ni, ia amat baik untuk rawatan rambut.

Tapi untuk detailkan lagi info supaya dapat dikongsi bersama, saya try semak dalam buku herba pasal limau purut ni. Hah! Jumpa pun! Senarai kegunaan dan khasiat perubatan tradisinya adalah seperti berikut:

  1. Merawat kepala berkerak/berkelemumur. Sebiji buahnya diambil kemudian dipotong atau dibelah dua kemudian disental pada kulit kepala. kaedah ini agak memedihkan sedikit kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Cuci dengan air biasa.
  2. Mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Sebiji buahnya diambil kemudian dibelah dua kemudian disental pada kulit yang bermasalah(bersisik). Biarkan beberapa ketika sebelum dicuci dengan air bersih. Rawatan ini seeloknya diamalkan setiapkali anda mandi
  3. Merawat keletihan dan kepenatan. Dapatkan dua atau tiga genggam daunnya kemudian dicuci bersih. Setelah itu daun tadi direbus dengan air secukupnya untuk tujuan mandian. Setelah suam, mandilah dengan air rebusan tadi. Badan anda akan kembali segar dan bertenaga.
  4. Merawat resdung. Setelah dibelah buahnya, perahkan limau ini untuk mendapatkan jusnya. Ambil beberapa titik menggunakan "straw" dan titikkan perlahan-lahan ke dalam lubang hidung dalam posisi mendongak. Ulangi rawatan seminggu 3x atau sehingga sembuh.
Selain dari semua yang di atas, daun limau purut ini amat lah berguna buat masakan saya di dapur. Contoh, kalau nak buat tomyam. Ia juga sedap dicampurkan bila masak asam pedas, ganti penggunaan daun kesum....yum,yum,yum.....


Saturday

Seni Lukis



Saya suka mengubah susun atur kerusi meja di rumah. Cepat rasa jemu bila lihat semua berada di kedudukan yang sama je. Jadi setiap-kali berdetik di hati rasa jemu, saya akan mula mengubah-ubah kedudukan tempat perabot yang ada. Sampai kan anak saya selalu kata "Ai mama ubah lagi! Rasa baru minggu lepas je kerusi tu duduk sini"......hehe.... standard le tu anakku....

Dalam duk sibuk2 berkemas, tersentak hati bila jumpa lukisan-lukisan lama ini dalam laci salah satu lemari. Guess what! Lukisan2 itu semua hasil seni cik abang kat rumah. Suami saya ni memang suka melukis. Ini adalah antara lukisan2 beliau yang dilakar sewaktu awal2 kami berpindah ke rumah ini iaitu pada tahun 2002. Bakat melukis beliau nampaknya tertumpah pula pada anak yang ke 3 iaitu Shilah. Dua2 orang tu kalau ada free time je, memang melukis saja le kerja mereka.... Dua2 ada bakat terpendam....hehe....

Ingat lagi, masa papa lukis lukisan ni.... pokok2 buah di laman baru ditanam, pokok2 bunga dalam pasu baru belajar nak tumbuh dan pokok2 orkid baru digantung di rumah orkid. Warna cat di pergola dan rumah orkid pun masih berkilat-kilat lagi. Pendekkata seni laman baru dalam proses nak develop, semua masih baru....

*up-date 3.30 pm*
Ok...lepas baca post di atas, suami saya naik semangat untuk up-date kan view laman tepi rumah dengan translate kan ia sekali lagi melalui drawing. Suasananya nampak berbeza, dah nampak tak berapa lapang dah laluan ini... after 6 years....the damage has been done...hahaha.....

Monday

Ingin awet muda?

Owhhh.... semalam sebelum melelapkan mata, saya sempat le membelek2 buku herba yang dipinjam dari library sejak bulan lepas lagi tu. Asyik renew date nya kepada tarikh baru, rasa sayang pulak nak pulangkan sebab banyak yang belum sempat dibaca.

Saya dan suami kala itu bersantai di ruang tamu, manakala kakak dan shilah masing2 berinternet dan baca novel di family hall. Semua cari port masing2 mengisi masa sementara mata belum mengantuk.

Dalam duk melihat2 barisan ulam-ulaman dan tumbuhan herba dalam buku tersebut, mata terpaku pada helaian ke 38 yang menceritakan tentang ulam daun janggus.

Ohh.. daun yang sering saya buat ulam itu banyak nama rupanya. Janggus atau lebih mesra dengan panggilan 'gajus' ini mempunyai nama lain iaitu 'jambu golok' dan 'ketereh'. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana buahnya mempunyai biji di luar. (Boleh buat teka-teki ni dekat anak2...."Buah apa yang bijinya di luar", hehehe).

Pucuk daunnya berwarna seakan ungu. Penanamannya tidak lah sukar kerana ia boleh hidup walaupun tanpa penjagaan. Sebab itu kita lazim melihatnya tumbuh subur di kawasan-kawasan kampung dan di tepi-tepi sawah. Tujuan penanaman biasanya untuk kegunaan sendiri kecuali yang memang purposely ditanam di kebun-kebun, tu memang lah untuk tujuan komersial.

Yang bagusnya, kalau kita mengambil pucuk janggus ini secara berterusan dalam pemakanan, InsyaAllah boleh melambatkan proses penuaan dan boleh menjadikan diri "awet muda". Fuhhh... kena amalkan selalu ni....hehehe....

Amalan memakan pucuk janggus juga dikatakan boleh kurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya. Ini adalah kerana di dalam pucuk janggus mengandungi bahan-bahan antioksida yang mampu meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Selain itu ia juga memberi kesegaran pada tubuh.

Selain dari daunnya yang memberi manafaat, biji janggus juga amat sedap dimakan sebagai makanan ringan. Ia biasanya dikeringkan dan diproses mengikut cara tertentu sebelum ianya sedap dan berkualiti untuk dimakan. Nak masak nasi beriani pun guna biji janggus ni juga.... Woaahhh banyak benar gunanya... Jadi kalau berhajat untuk dapat bekalan daun janggus ini secara konsisten....elok tanam! Tak rugi berbudi pada tanah.....


Labels