Owhhh.... semalam sebelum melelapkan mata, saya sempat le membelek2 buku herba yang dipinjam dari library sejak bulan lepas lagi tu. Asyik renew date nya kepada tarikh baru, rasa sayang pulak nak pulangkan sebab banyak yang belum sempat dibaca.
Saya dan suami kala itu bersantai di ruang tamu, manakala kakak dan shilah masing2 berinternet dan baca novel di family hall. Semua cari port masing2 mengisi masa sementara mata belum mengantuk.
Dalam duk melihat2 barisan ulam-ulaman dan tumbuhan herba dalam buku tersebut, mata terpaku pada helaian ke 38 yang menceritakan tentang ulam daun janggus.
Ohh.. daun yang sering saya buat ulam itu banyak nama rupanya. Janggus atau lebih mesra dengan panggilan 'gajus' ini mempunyai nama lain iaitu 'jambu golok' dan 'ketereh'. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana buahnya mempunyai biji di luar. (Boleh buat teka-teki ni dekat anak2...."Buah apa yang bijinya di luar", hehehe).
Pucuk daunnya berwarna seakan ungu. Penanamannya tidak lah sukar kerana ia boleh hidup walaupun tanpa penjagaan. Sebab itu kita lazim melihatnya tumbuh subur di kawasan-kawasan kampung dan di tepi-tepi sawah. Tujuan penanaman biasanya untuk kegunaan sendiri kecuali yang memang purposely ditanam di kebun-kebun, tu memang lah untuk tujuan komersial.
Yang bagusnya, kalau kita mengambil pucuk janggus ini secara berterusan dalam pemakanan, InsyaAllah boleh melambatkan proses penuaan dan boleh menjadikan diri "awet muda". Fuhhh... kena amalkan selalu ni....hehehe....
Amalan memakan pucuk janggus juga dikatakan boleh kurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya. Ini adalah kerana di dalam pucuk janggus mengandungi bahan-bahan antioksida yang mampu meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Selain itu ia juga memberi kesegaran pada tubuh.
Selain dari daunnya yang memberi manafaat, biji janggus juga amat sedap dimakan sebagai makanan ringan. Ia biasanya dikeringkan dan diproses mengikut cara tertentu sebelum ianya sedap dan berkualiti untuk dimakan. Nak masak nasi beriani pun guna biji janggus ni juga.... Woaahhh banyak benar gunanya... Jadi kalau berhajat untuk dapat bekalan daun janggus ini secara konsisten....elok tanam! Tak rugi berbudi pada tanah.....
Monday
Ingin awet muda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
Labels
Anjung Depan
(1)
bunga kertas
(7)
flora
(2)
gangguan
(1)
gotong-royong
(7)
green
(9)
hasil tanaman
(24)
herba
(11)
Kaktus
(5)
keladi
(4)
Mesin rumput
(1)
Orkid
(2)
peralalatan
(2)
Perspektif
(2)
petua
(16)
santai
(6)
sayur
(3)
seni kraf
(2)
seni laman
(13)
Tanaman Buah
(7)
tanaman hiasan
(31)
ulam
(14)
view
(4)
4 comments:
Salam.hai kak,ckp psl pokok gajus ....skrg ni kat kg sy (dungun)msim gajus berbuah..tp skrg nak cari pokoknye mmg susah tak mcm masa kecik2 dulu.siap panjat lagi kutip buahnye.skrg yg ader tak byk..bukan saje pucuknye sedap di buat ulam, buahnye..umppphh..sedap dimasak sayur lemak campur dengan sotong...makan plak dgn sambal belacan...mak ai terangkat.hehehe..selalunye kalau musim gajus berbuah kebetulan pulak dgn musim org mencadat sotong..ape lagi..saat2 yg ditunggu la..
Wsalam...
Waa... seronok akak dapat kongsi dengar pengalaman cikgu tu... mahal kenangan masa kecik2 tu kan cikgu! hehehe...
Ohh akak tak penah try pulak masak buahnya tu campur sotong... camana nak buat nya cikgu, style masak lemak putih ke, masak cili api?
kat sini kami panggil buah jambu golok. Masak lemak putih.campur dengan isi ikan yang dh direbus..hancurkan..nanti kuahnya jd lebih pekat..biasa ambik buah gajus yg dh nk masak,kalau putik xsedap.. buahnya di perah dulu utk hilangkan rase kelat.sotong plak di potong kecik2.manis sotong tu yg jd penyedap kuah.nnti boleh la cuba.hehehe
Ohh timakasih cikgu...nnt akak cuba buat. Tu kira masakan tenganu la ye.. sbb kat kelantan rasanya takda masak taruk buah gajus + sotong ni...(mungkin juga ada, akak yang tak tau...hehe)
Sayur lemak putih tu biasa la, masuk ikan rebus juga. Tapi akak selalu menyayur petola + udang, bunga kobis dsb.
Thx cikgu...
Post a Comment