CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Limau Purut



"Ehhhh.... cepat pa, cepat.... datang tengok ni!"

Suami saya cepat2 datang bila dengar suara saya yang seakan menjerit tu...hehe.... Semua waktu tu baru turun dari kereta balik dari hantar abang ke stesen komuter Rawang.

"Itu pa, tengok pokok limau purut kita dah keluar buah!", kata saya bersungguh2 sambil membuat isyarat menggunakan kepala kerana tangan kiri-kanan sarat membawa beg plastik yang berisi barang2 dapur yang dibeli masa singgah ke NSK.

Ohhh seronoknya..... setelah sekian lama, berbuah juga akhirnya pokok limau purut tu. Sekali berbuah, saiz buahnya besar sangat saya tengok. Rasa macam kecik sikit je dari bola tenis(ishk, over pulak...hehe). Boleh saya tak perasan selama ni. Tau2 buahnya dah besar macam gitu. Bila di jengah di dahan2 lain, nampak lah 3,4 biji lagi buah limau yang masih kecil. Wow! Hepinya rasa......

"Dah boleh ambik ni pa?", tanya saya tak sabar2.

"Biar dulu, kita tunggu biar dia besar lagi", kata papa sambil tangan memaut dahan yang tergantung buah limau tersebut. Nak snap gambar le tu..... :)))

Saya dah berkira2 nak gunakannya untuk merawat rambut nanti. Yang saya tau berkenaan buah limau ni, ia amat baik untuk rawatan rambut.

Tapi untuk detailkan lagi info supaya dapat dikongsi bersama, saya try semak dalam buku herba pasal limau purut ni. Hah! Jumpa pun! Senarai kegunaan dan khasiat perubatan tradisinya adalah seperti berikut:

  1. Merawat kepala berkerak/berkelemumur. Sebiji buahnya diambil kemudian dipotong atau dibelah dua kemudian disental pada kulit kepala. kaedah ini agak memedihkan sedikit kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Cuci dengan air biasa.
  2. Mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Sebiji buahnya diambil kemudian dibelah dua kemudian disental pada kulit yang bermasalah(bersisik). Biarkan beberapa ketika sebelum dicuci dengan air bersih. Rawatan ini seeloknya diamalkan setiapkali anda mandi
  3. Merawat keletihan dan kepenatan. Dapatkan dua atau tiga genggam daunnya kemudian dicuci bersih. Setelah itu daun tadi direbus dengan air secukupnya untuk tujuan mandian. Setelah suam, mandilah dengan air rebusan tadi. Badan anda akan kembali segar dan bertenaga.
  4. Merawat resdung. Setelah dibelah buahnya, perahkan limau ini untuk mendapatkan jusnya. Ambil beberapa titik menggunakan "straw" dan titikkan perlahan-lahan ke dalam lubang hidung dalam posisi mendongak. Ulangi rawatan seminggu 3x atau sehingga sembuh.
Selain dari semua yang di atas, daun limau purut ini amat lah berguna buat masakan saya di dapur. Contoh, kalau nak buat tomyam. Ia juga sedap dicampurkan bila masak asam pedas, ganti penggunaan daun kesum....yum,yum,yum.....


2 comments:

kakak said...

waa besar btol buah limau purut tuhhhh..

Anonymous said...

berpurut betul lah limau purut ni...

Labels