CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Bunga Putih Yang Nampak Suci




Dah agak lama pokok bunga yang satu ini tak keluarkan bunganya. Bila sekali keluar hampir serentak dari 2 pasu. Cantik bunganya, kaler putih bersih yang nampak begitu suci..... Tapi bunganya yang keluar dari tangkai yang panjang kembang dalam stail menunduk...malu malu gitu..... Jadi time nak ambik gambar kena dongakkan sikit, baru terserlah kecantikannya... :)

Pokok ni asalnya pemberian makcik yang lebih mesra saya panggil Mak Ngah... yang tinggal dekat sekolah agama anak2 semasa sekolah rendah dulu. Masa tu begitu ketara sekali keikhlasan kedua-dua Mak Ngah dan Pak Ngah yang sering offer nak kasi saya macam2 pokok. Dah jadi 'malu mata' pulak saya nak terima semua pemberian itu. Asyik terima je, memberinya jarang-jarang sekali. Yalah, saya masa kerap singgah rumah diaorang waktu tunggu anak nak keluar sekolah, jarang bawak apa2 buah tangan pun. Tu sebab kadang bila tak bawak apa2, just duduk dalam keta tak keluar bimbang takut jumpa dengan mak ngah.... nanti kalu jumpa, mak ngah kasi pokok lagi sedangkan saya hanya ber tangan kosong.... ishk malu dah rasa.....

Ohhh panjang lebarnya cerita pasal mak ngah tuan punya asal pokok bunga yang ni. Tak apalah ....kira slot mengenang nostalgia la tu kejap....


Ini ambik gambar bunganya time nak dekat masuk Maghrib.... nampak cantik suram-suram gitu....



Yang ni pula pokok dalam pasu satu lagi yang baru keluar kudup bunga.....minggu depan kalau tiada aral kembang la tu InsyaAllah....

0 comments:

Labels