CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Dua kuntum bunga kaler Purple




Masa duk angkut lauk2 yang beli kat pasar tadi, tiba2 buat emergency brek masa lalu dekat2 dengan pokok limau purut. Tangan kiri kanan masih menjembeng beg plastik yang baru wat turun dari keta. Tak sempat antar lauk masuk ke dapur, berenti kejap bila tiba2 mata terpaku tengok dua kuntum bunga yang sedang kembang cantik. Hish cantiknya....selalu gak kuar bunga ni, tapi pagi ni nampak attractive pulak kaler dia yang light purple....nampak mesra dan menawan gitu...heheh


***update 24/4/2010


Ohh rupa2nya nama tumbuhan ini 'Cekur Merah'. Isinya boleh digunakan dalam masakan rupanya. Dapat info mengenainya dalam buku yang saya pinjam dari library.

Isi cekur merah boleh dibuat ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kulit. Caranya adalah dengan mengambik isi cekur merah yang segar sebesar jari manis dan sepanjang 0.5 cm lalu dibersihkan dan dimakan. Selain berkhasiat ubatan, cekur merah ditanam sebagai pokok hiasan.

*selama ini saya ingatkan ianya sekadar pokok hiasan... :)) *

Friday

Tumbuhan Jenis Ferns

Tumbuhan jenis ferns atau paku-pakis ni memang senang membiak. Ada la jugak beberapa jenis fern kat rumah kami termasuk fern yang tumbuh sendiri secara meliar. Ada juga yang merupakan hadiah dari kengkawan.

Bila di perhati, unik sekali bentuk daun tumbuhan ni. Ada yang berdaun kecil2, berpetak segi, menyerupai bulu burung dan ada juga yang memanjang serta bercabang. Cantik, semuanya ada keunikan tersendiri.

Dari pengalaman saya sepanjang bertanam ferns ini, saya tengok ianya senang sangat membiak samada di atas tanah, di batang pokok atau di atas batu. Walau dah dipotong2 daun-daunnya, akakr2nya tetap hidup dan kemudiannya mengeluarkan pucuk2 pokok yang baru. Struktur akarnya berselirat seperti dawai2 halus.


Apa yang pasti, kehijauan tumbuhannya mampu menambah seri beberapa sudut di luar rumah kami yang ada di antaranya kurang menyerlah sebelum ini. Jadi ferns yang subur menghijau kiranya menjadi penyelamat keadaan....:D

Jom tengok jenis2 ferns ini.....

Sunday

Pakat Mesin Rumput

Balik dari pasar, niat asalnya nak berehat kejap tapi tak jadi bila tiba2 diganggu pencemaran bunyi....heheh

Kiri kanan belakang depan, terdengar ngauman bising bunyi orang mesin rumput.


Ohhh
biasa la tu....hari minggu....semua pakat panggil orang potong rumput kat umah masing2....standard la....weekend je lah hari gotong-royong sume nak clearkan mana2 yang patut kat rumah lebih2 lagi bagi jiran kami yang suami-isteri bekerja :)

Saya pun mulalah berkira-kira dalam hati.... Lepas tengok papa dah habis baca
paper, saya secara perlahan2 mula ngajak papa saing mesin rumput ngan jiran2 tu semua. Diaorang upah orang, ada yang kena caj RM70, ada yang RM100 dan ada yang sampai RM120 sekali mesin...Alhamdulillah kami dah lepas dah...dulu terpaksa juga upah orang... sekarang mesin sendiri je, abih kat duit petrol je lah dua tiga inggit sekali mesin..... :)

Berbalik pada ajakan saya tadi, papa terus angguk tanda setuju.....dah agak dah....lagi pun dongak tengok langit, cerah lagi.... dikhuatiri kalau masih bertangguh, tak jadi lagi la buat minggu ni. Nak tunggu petang... nanti hujan lagi....Ya lah dah berminggu2
KIV projek mesin rumput tu dek hujan yang turun hampir setiap hari.

Jadi...tepat jam 12.30 tengahari, akhirnya selamat lah sudah papa mesin satu laman rumah. Sukanya hati tengok dah takde dah kemuncup yang penuh tumbuh sebelum ni, semua dah clear.....
:))


Saturday

Kembang Setaman


P
agi tadi sempat luangkan masa tengok2 laman....


Jom kita tengok beberapa port yang tadinya menarik perhatian saya........ ada yang dah lama pokoknya saya terlepas pandang.... jadi bila sekali sekala terpandang tu, berbunga-bunga rasa hati sebagaimana pokok2 yang sedang kembang setaman
itu :))



Thursday

Kaktus ke... Setawar?


Tumbuhan yang satu ini tak jemu dipandang.... subur jadinya lebih-lebih lagi bila saya letak dekat dengan pintu dapur.... boleh selalu ditenung-tenung masa duduk2 atas buaian dekat pintu dapur.

Cantik sangat nampak bila dah penuh satu pasu bulat yang rendah tu..... :D

Tapi tak pasti samada ianya termasuk dalam jenis kaktus ataupun Setawar.... Yang saya musykil tu sebab kat sekeliling tiap helai daunnya ada tumbuh daun2 lain yang kecik2.....

Setawar la tu kot..... :)

Ingat lagi masa saya sekolah rendah dulu, saya suka boh daun setawar dalam buku teks yang tebal2 tuh.... lama simpan daun tu dalam buku... check tengok perkembangan dari masa ke semasa.... excited nak tengok akar2nya yang akan tumbuh berselirat dari tepi2 daun....

...pastu suka pulak bawak daun Setawar masa ada kelas lukisan *
sapu kaler air kat daun setawar kemudian pastekan kat kertas lukisan.... hasilnya....perghhh cantik bangat!!*


Saturday

Hari Agihan Rambutan

Hari ni, pagi2 lagi saya ajak papa keluar ke laman.....

Nak kena ambik rambutan hari ni untuk bagi2 pada jiran keliling rumah. Minggu ni just nice rambutannya... merah menyala..... dah sampai ke kemuncak masaknya. Minggu lepas kami tengok belum masak ranum lagi, jadi memang plan nak tunggu minggu ini baru nak distribute kat jiran2 terdekat.

Jom tengok camana suasananya lebih kurang kat laman pagi tadi..... :))

Friday

Bunga Putih Yang Nampak Suci




Dah agak lama pokok bunga yang satu ini tak keluarkan bunganya. Bila sekali keluar hampir serentak dari 2 pasu. Cantik bunganya, kaler putih bersih yang nampak begitu suci..... Tapi bunganya yang keluar dari tangkai yang panjang kembang dalam stail menunduk...malu malu gitu..... Jadi time nak ambik gambar kena dongakkan sikit, baru terserlah kecantikannya... :)

Pokok ni asalnya pemberian makcik yang lebih mesra saya panggil Mak Ngah... yang tinggal dekat sekolah agama anak2 semasa sekolah rendah dulu. Masa tu begitu ketara sekali keikhlasan kedua-dua Mak Ngah dan Pak Ngah yang sering offer nak kasi saya macam2 pokok. Dah jadi 'malu mata' pulak saya nak terima semua pemberian itu. Asyik terima je, memberinya jarang-jarang sekali. Yalah, saya masa kerap singgah rumah diaorang waktu tunggu anak nak keluar sekolah, jarang bawak apa2 buah tangan pun. Tu sebab kadang bila tak bawak apa2, just duduk dalam keta tak keluar bimbang takut jumpa dengan mak ngah.... nanti kalu jumpa, mak ngah kasi pokok lagi sedangkan saya hanya ber tangan kosong.... ishk malu dah rasa.....

Ohhh panjang lebarnya cerita pasal mak ngah tuan punya asal pokok bunga yang ni. Tak apalah ....kira slot mengenang nostalgia la tu kejap....


Ini ambik gambar bunganya time nak dekat masuk Maghrib.... nampak cantik suram-suram gitu....



Yang ni pula pokok dalam pasu satu lagi yang baru keluar kudup bunga.....minggu depan kalau tiada aral kembang la tu InsyaAllah....

Tuesday

Daun Kesom




Sukanya hati tiap kali buat lalu-lintas dekat2 dengan pokok daun kesom ni....makin menjadi-jadi pulak nampak suburnya....padahal seingat saya takde la pulak tabur baja hijau 15:15:15 yang buat tabur kat rumput carpet papa hari tu....

Rasanya sebab berkat hujan hari-hari kebelakangan ini.....

Satu lagi mungkin sebab saya kerap simbah air basuhan beras dan ikan pada pokok2 yang tanam berhampiran pintu dapur tu.... jadi adalah peluang untuk dapat zat dari baja semula-jadi yang jelas bebas dari bahaya bahan kimia ....

Itu yang buat daun-daunnya nampak gemok semacam.... berkilat-kilat lagi.... :))


Labels