CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Bermain di Laluan Pejalan Kaki




"Mama, kakak duk main dekat tempat jalan2 tu, adik dah penat..."

Tiba-tiba datang salah seorang cucu kak Ina datang mengadu pada mama dan neneknya yang sedang borak2 dengan saya di dapur. Ohhh rupa2nya Auni datang ngadu yang kakak2 dia duk sibuk main lompat2 dan lari2 atas laluan pejalan kaki di luar pintu dapur kami. Sedangkan member yang kecik ni dah tercungap2 penat... tak larat dah nak ikut rentak kakak2nya.... :)

Itu dialog minggu lepas masa kami sekeluarga buat mini open house untuk raikan jiran2 terdekat dan kawan2 anak yang sulong.

Minggu ni ada open house lagi, makanya tempat laluan tersebut sekali lagi turut menjadi perhatian anak2 kecil yang datang berkunjung...hehehe...

Semua seronok berlari2 mula dari tapak pertama di hujung lantai pergola, merentasi bawah rumah orkid kemudian terus sampai ke garisan penamat di anjung dapur kami. Budak2.... biasalah tak kenal erti penat....diaorang patah balik menuju ke pergola berkali-kali. Suka benar la tu.... itu yang saya ambik peluang snapkan gambar masa diaorang tengah ghalik duk melompat2 tu... hehehe

Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada lah hiburan buat anak-anak ini berekreasi hilangkan boring... :)


Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...