CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Impiana Iman

Sebuah teratak idaman di daerah yang jauh dari kesibukan kota. Nama di ambil sempena anak ketiga. Dikelilingi bukit bukau, tasik, ladang kelapa sawit dan getah. Bersulam panorama syahdu di bawah limpahan langit biru. Tampak puncak Genting Highland sayup di kejauhan. Kesegaran udaranya menenang jiwa. Di sinilah semenjak November 2002 bermulanya satu penerokaan sebuah laman kosong yang bertanah gersang berbatu kerikir sedikit demi sedikit, hari demi hari hinggalah ke hari ini 6 tahun kemudian. Semuanya hasil keringat sendiri suami isteri yang berkongsi hobi dan impian yang sama. Untuk paparan sebuah landskap citarasa sendiri, di usahakan sendiri, do it yourself (DIY) buat pencinta seni laman. Indah dan menarik itu tafsiran masing-masing. Namun yang pasti keluarga ini alhamdulillah bahagia di sini meniti usia.

Impiana Iman
sebuah impian yang jadi kenyataan. Sebelum ke sini, isi majalah Impiana dan Anjung Seri menjadi igauan. Syukur pada Illahi. Koleksi okid dari sejak dahulu segar dan tumbuh subur menghasilkan bunga-bungaan yang mengasyikkan bagi pencinta okid. Tanaman hiasan yang berwarna-warni dan berlainan rupa memenuhi anjung rumah dan ruang laman. Tidak ketinggalan pokok buah-buahan yang sesetengahnya sudah beberapa musim dapat dinikmati hasilnya. Jadi itulah yang ingin dikongsikan di blog ini untuk pencinta flora dan seni laman.


~ SOT ~

@@

0 comments:

Labels