CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Aktiviti di laman terbatas

Semalam hujan sepanjang hari. Dari pagi berlanjutan sampai ke petang hari. Oghe kelate kata, "huje beghek supo nok boh"... alihbahasanya, "hujan tak berhenti macam nak banjir"... hehe.. Tapi hujan takde lebat pun, kadang tu selang-seli dengan hanya rintik2 je tapi... berterusan, tak berhenti... sampai la dah nak masuk maghrib, baru reda.



Jadi, aktiviti out-door agak terbatas. Tak dapat le nak keluar2 tengok pokok. Sambil masak saya ralik duk tengok rintik2 hujan yang turun, teringat pulak dengan lirik lagu arwah Sudirman yang berjudul.. 'Hujan'... Syahdu rasa bila pandangan direct ke luar sana dari pintu dapur.


Dalam pada tu, sempat lari2 kluar ambik buah limau purut... sebijik je,


pastu tarik pulak daun pegaga dalam segenggam.


Dua2 atas permintaan en suami, buah limau purut tu untuk disental di kulit kepala manakala pegaga pulak untuk dimesin buat jus.

Sementara masih dalam rawatan rambut tu *saya suh biarkan dulu kering selama 20 minit sebelum dibilas*, en suami pun ambik peluang pi tabur baja kat pokok2 buah semua. Ada kawan kata, time hujan berintik tu elok kalu cepat2 pegi tabur baja. Teori tu telah kami guna-pakai sejak dulu... lebih2 lagi baja untuk rumput, teramat lah berkesan ditabur sebelum hujan mula turun.

Errr.... hanya cerita santai time hujan semalam.. :)
Sekian.


Labels

jom singgah ke

  • Kek Puding Karamel - Buat kek Puding karamel... kek ni dah lama nak terai buat tapi tak terbuat-buat, terus lupa sampai la teringat balik nak buat bila tengok banyak kek karam...
  • Cantiknya Orkid... - Orkid yang bersaiz kecil, kaler merah orengie yang ceria cantik..tapi tak tau nama.. Dah banyak membiak, tak kurang gak yang mengering sendiri sebab lama ...
  • Sunnah pada Hari Jumaat - Assalamualaikum wbt... di hari Jumaat yang mulia... Bila teringat hari ini hari Jumaat, terus jadi teringat pagi2 lagi untuk ingatkan suami, orang yang pa...