CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Peria katak boleh rawat DIABETIS

Masa tengah makan2 lepas kelas Rabu lalu, saya terdengar kak Saerah dan ustaz duk citer2 pasal Peria Katak.  Sebelum ni dah pernah dapat info pasal ni tapi tak berapa jelas.  Jadi tertarik untuk tumpang dengar citer ustaz yang dah amalkan minum perahan kombinasi Peria Katak ini dengan epal hijau.  Dengar dari kata-kata ustaz... makin Ok, boleh nampak keberkesanannya... 

Bila saya semak dalam WIKI, ternyata ada fakta tentang kaitan Peria Katak dan Diabetis. Ohh...ini berita baik buat pesakit diabetis... boleh ikhtiar cuba amalkan.... pahit la sikit rasa, tapi yang pahit tu kan biasanya ubat... hendak seribu daya tak hendak takpe lah, boleh cuba lain cara.....

Alhamdulillah saya sejak dulu suka beli peria katak ni.  Kadang goreng campur dengan telor, kadang hiris2 makan macam tu je dengan nasi wat ulam cicah dengan budu atau sambal belacan.  Best....saya suka....   :))

Info pasal peria dari buku Khasiat Sayur-sayuran
Boleh klik di SINI untuk detail...
Peria
Mempunyai sifat antimicrobial, antitumor dan antivirus. Sebatian carantin yang terdapat dalam buah peria mengurangkan paras gula dalam darah. Buah dan daun mengandungi bahan kimia yang boleh merencat pertumbuhan tumor kanser tertentu. Untuk mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicelur dahulu, disapu dengan garam atau direndam di dalam air garam sebelum dimasak. Peria adalah makanan berkhasiat yang mengandungi banyak mineral dan vitamin.
Buah: dimakan atau direbus untuk diminum sebagai ubat herba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, rawatan kulit terbakar, luka-luka, penyakit kulit, sampu dan sakit perut.
Buah peria yang dimasak sebagai lauk dimakan untuk mengubati batuk, bengkak sistem pernafasan, banyak kahak dan mencuci tubuh.



info dari Wikipedia:
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. 
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah 
dan merawat demam malaria.

0 comments:

Labels