CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Pucuk Daun Kari

Ada kawan dulu syorkan agar rajin2 amalkan makan pucuk daun kari.  "Boleh mewangikan...", katanya.  Kira sama fungsi cam makan buah limau kasturi la lebih kurang... limau kasturi tu pun kalau makan bersekali dengan kulit2nya, Insyaallah dapat mengelakkan masalah bau badan. 

Alhamdulillah, dapat selalu petik2 pucuk daun kari ni sebab pokoknya yang makin meninggi sentiasa keluar cabang2 baru.  Memang best rasa daun kari yang muda tuh.  Jadi selalu tak lupa pegi petik pucuk kari untuk wat saing makan ngan ulam-ulam lain. 

Monday

Ambik alih tugas mesin tebu

Tadi pegi mesin tebu.  Festaim pegi mesin sendiri...hehe... Selalu harap kat boss ngan anak bujang je.  Teringat pernah nampak ada akak tu jual air tebu kat tepi Jalan Semarak. Boleh kot mintak tumpang mesin kat sana.  Malas nak pegi tempat yang papa selalu pegi...nun jauh di BS 3.

Ok lah...bilas dua tiga kali lagi tebu2 yang dah siap2 papa bersihkan semalam.  Kemudian masukkan dalam baldi terus bawak pegi upah mesin....Alhamdulillah, dapat la air tebu satu tong besar.... kena caj RM3 je.... ok laaa... :)

 



dapat satu tong besar air tebu


balik rumah terus transfer masuk plastik
...senang simpan dalam freezer

buat eskrim malaysia sama... 
...siap la nanti dengar DUM DAM DUM DAM,
sume pakat bukak tutup peti nak ambik eskrim... :))

Wednesday

Limau purut dah lebat berbuah...

Ada satu ketika dulu, saya merungut2 ... "bila la pokok limau purut tu nak berbuah"... tunggu punya tunggu at-last keluar la tiga empat bijik.. tu pun dah hepi habis dah, teruja untuk nak rawat rambut.

Nak sangat dia berbuah, hah sekarang tak berenti kuar.... boleh tahan lebat buahnya... hari ni je saya dah petik dalam 8 biji,  yang ada kat pokok nampak banyak lagi.  Bila dah ada banyak ni, tak terawat le pulak rambut...hehehe... masa ada tiga empat biji hari tu, bukan main lagi bersemangat...  :))


*** kaitan buah limau purut dan rambut ada dulu citer dekat SINI... daunnya pun boleh dibuat syampoo.. boleh baca kat SINI...



Tuesday

Peria katak boleh rawat DIABETIS

Masa tengah makan2 lepas kelas Rabu lalu, saya terdengar kak Saerah dan ustaz duk citer2 pasal Peria Katak.  Sebelum ni dah pernah dapat info pasal ni tapi tak berapa jelas.  Jadi tertarik untuk tumpang dengar citer ustaz yang dah amalkan minum perahan kombinasi Peria Katak ini dengan epal hijau.  Dengar dari kata-kata ustaz... makin Ok, boleh nampak keberkesanannya... 

Bila saya semak dalam WIKI, ternyata ada fakta tentang kaitan Peria Katak dan Diabetis. Ohh...ini berita baik buat pesakit diabetis... boleh ikhtiar cuba amalkan.... pahit la sikit rasa, tapi yang pahit tu kan biasanya ubat... hendak seribu daya tak hendak takpe lah, boleh cuba lain cara.....

Alhamdulillah saya sejak dulu suka beli peria katak ni.  Kadang goreng campur dengan telor, kadang hiris2 makan macam tu je dengan nasi wat ulam cicah dengan budu atau sambal belacan.  Best....saya suka....   :))

Info pasal peria dari buku Khasiat Sayur-sayuran
Boleh klik di SINI untuk detail...
Peria
Mempunyai sifat antimicrobial, antitumor dan antivirus. Sebatian carantin yang terdapat dalam buah peria mengurangkan paras gula dalam darah. Buah dan daun mengandungi bahan kimia yang boleh merencat pertumbuhan tumor kanser tertentu. Untuk mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicelur dahulu, disapu dengan garam atau direndam di dalam air garam sebelum dimasak. Peria adalah makanan berkhasiat yang mengandungi banyak mineral dan vitamin.
Buah: dimakan atau direbus untuk diminum sebagai ubat herba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, rawatan kulit terbakar, luka-luka, penyakit kulit, sampu dan sakit perut.
Buah peria yang dimasak sebagai lauk dimakan untuk mengubati batuk, bengkak sistem pernafasan, banyak kahak dan mencuci tubuh.



info dari Wikipedia:
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. 
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah 
dan merawat demam malaria.

Labels